'Kalau bukan kerana Zahid, ramai pemimpin UMNO/BN jadi mangsa dendam politik Muhyiddin & Hadi' - Nur Jazlan



Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan tidak menolak kemungkinan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO akan menjadi mangsa dendam politik pihak lawak sekiranya tidak bersetuju menyertai Kerajaan Perpaduan. 


"Jika tidak kerana keputusan Ahmad Zahid Hamidi untuk bersetuju dengan cadangan Yang di-Pertuan Agong menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH), mungkin pemimpin BN dan UMNO akan terus menjadi mangsa dendam politik pihak lawan terutamanya Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang. 


"Mungkin ramai lagi orang UMNO akan menjadi mangsa pendakwaan politik seperti yang dihadapi oleh Zahid sendiri. Sepatutnya UMNO dan BN berterima kasih kepada Zahid kerana menyelamatkan parti dari kehancuran," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Isnin, 5 Disember 2022. 


Nur Jazlan menegaskan dia tidak kisah sekiranya dilabel sebagai 'budak' Zahid atau dianggap bodoh kerana mengikut Presiden UMNO itu, tetapi dia mahu mengingatkan bahawa Zahid berjasa besar dan tidak pernah meninggalkan rakan seperjuangan. 


"Tidak kurang juga ada pihak yang menuduh saya bodoh kerana masih mengikut Zahid. Namun satu benda yang saya ingat adalah jasa besar Zahid. Beliau sentiasa bersama saya ketika susah dan senang. Beliau tak pernah lupa jasa Allahyarham ayah saya (Tan Sri Mohamed Rahmat) dan dia tak pernah tinggalkan saya biarpun berada di puncak kuasa. 


"Beliau jugalah yang menyelamatkan UMNO daripada dikuburkan oleh bekas Pengerusi Bersatu, Mahathir Mohamad. Jika bukan kerana Zahid tamakkan kuasa dan hanya fikir kepentingan diri, tahun 2018 mungkin menjadi sejarah tamatnya riwayat UMNO," katanya.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/tP02yFh
via IFTTT