Mayat bayi baru lahir masih bertali pusat ditemui dalam parit, 2 suspek ditahan polis



Mayat seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui orang awam pada pagi Ahad, di dalam parit di kawasan Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru. 


Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Johor, Deputi Superintendan Dr. Mohd Roslan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima maklumat dari seorang wanita tempatan berusia 33 tahun mengenai penemuan mayat mangsa. 


Video penemuan mayat mangsa yang tali pusatnya masih bersambung dengan uri juga tersebar di media sosial.


Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari parit dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk dibedah siasat. 


Susulan penemuan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam telah menangkap seorang lelaki dan seorang  perempuan tempatan yang dianggarkan berusia 27 dan 28 tahun di kampung tersebut pada hari yang sama. 


Semakan awal mendapati, kedua-dua suspek terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau. 


Polis turut merampas beberapa barangan bukti seperti sehelai baju t-shirt dan kain sarung yang mempunyai kesan tompokan dipercayai darah. Selain itu, turut dirampas empat jenis pil dan dua telefon bimbit untuk siasatan lanjut. 


Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahu atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. 



from The Reporter https://ift.tt/zVypQgc
via IFTTT