Menteri Komunikasi tuntut penjelasan dari TikTok Malaysia kerana benarkan penggunanya sebar mesej 'pelampau' politik



Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dilaporkan akan bertemu dengan wakil TikTok Malaysia, susulan platform itu membenarkan penyebaran video berunsur propaganda kebencinan melibatkan rusuhan berdarah 13 Mei 1969. 


Fahmi berkata, pertemuan itu diadakan bagi membolehkannya memahami rangka kerja kawal selia platform TikTok berkenaan sensitiviti kaum dan agama. 


"Saya ingin mengetahui tentang sistem TikTok Malaysia (untuk mengawal selia kandungan). Mengapa kita melihat begitu banyak kandungan ekstremis dan perkauman yang diteruskan. 


"Rangka kerja kawal selia adalah sesuatu yang saya bimbang dan langkah segera perlu diambil memandangkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah menyeru rakyat dan ahli politik untuk bersatu," katanya. 


Dalam pada itu, Fahmi berkata semua saluran media sosial perlu membantu kerajaan dalam usaha memastikan elemen ekstremis tidak menyebarkan mesej mereka melalui platfrom berkenaan.


"Saya ingin mendengar mengapa mereka membenarkan platform mereka menyebarkan mesej (pelampau) sebegini dan sejauh mana perbincangan mereka dengan SKMM," katanya. 


Sumber: Malay Mail



from The Reporter https://ift.tt/1w5JmDV
via IFTTT