'Setiap bulan suami bayar RM1,200 komitmen ibu & adik beradiknya yang tak guna' - Isteri kecewa dengan sikap keluarga mertua



Kata orang, sebelum berkahwin dengan pasangan pilihan, kenalilah keluarganya terlebih dahulu dan dari situ kita menilai sama ada mampu atau tidak menerima kekurangan mereka di kemudian hari selepas mendirikan rumah tangga. 


Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap keluarga mertua yang dianggap terlalu bergantung pada suaminya sehingga menjejaskan tahap kewangan mereka.


Menurut pengadu, sejak dari awal perkahwinan mereka, keluarga mertua tidak habis-habis meminta pelbagai barangan tanpa sedikit pun memikirkan kemampuan suaminya. 


"Sebelum kahwin, aku dan suami memang susah senang sama-sama. Aku dan suami masa bujang, gaji memang selesa. Tetapi mak dia suka minta yang bukan-bukan. Lebih kuah dari sudu. 


"Nak Astro, nak internet, bayar sewa rumah, duit barang dapur semingggu RM300+ sebulan dan jumlah keseluruhannya perbelanjaan bulanan untuk mereka sahaja, RM1,200.


"Kasihan laki aku kena tarah habis-habis sebab nak bela adik beradik dia yang tak guna itu. Kadang-kadang bila laki aku takde duit, diorang siap call aku weh nak pinjam duit. 


"Pernah siap depan aku dia (ibu mertua) kata kat anak bongsu dia, kalau takde duit masa belajar, minta dari laku aku. Waima abang ipar takde duit nak bayar komitmen dia, suami aku yang diminta suruh bayar. 


"(Bayaran bulanan) motosikal adik pun, suami yang bayarkan. Laki aku punya level pemurah tak kena tempat. Alasan maknya ajar jangan kedekut dengan family memang bukan biasa-biasa. 


"Padahal kitorang struggle je nak hidup. Tapi cinta kan buta, aku ni tolong segala hal. Bila laki aku susah, duit aku sekali habis sebab nak cukupkan belanja kitorang. 


"Sampai satu masa, suami hadiahkan deposit kereta kat aku. Deposit je min. Sebab nak mula hidup bersama kan. Kitorang kumpul keperluan sikit-sikit. Yang tanggung semua maintenance, bayar road tax itu aku. 


"Mak mertua pula menggelupur cakap dengna suami aku, itu kereta anak dia dan kenapa aku kedekut nak kongsi kereta itu dengan keluarga dia. 


"Laki aku call aku curi-curi masa tu, bagi aku sekali dengar apa mak dia cakap. Last, suami aku cakap itu memang kereta aku. Segala hal kereta itu memang 100 peratus aku punya. Diam mak dia. Puas!" katanya. 


Ibu mertua juga pernah menitip pesanan kepadanya bahawa selepas berkahwin, isteri perlu banyak mengalah dan duduk di tempat duduk belakang (kereta). Apabila keluar bersama, suaminya perlu memegang tangan ibu mertua manakala isteri berjalan di belakang. 


Ada sekali pengadu dihadiahkan barang kemas sebelum kahwin. Perkara itu diketahui ibu lelaki itu yang lantas membahasakannya, "Kita ni kalau laki tak mampu, jangan meminta-minta". Sedangkan pengadu tidak pernah meminta seperti yang disangkakan. 


"Aku terus confront laki aku. Laki aku cakap selepas ni kalau dia belikan apa-apa, jangan post di media sosial. Rupa-rupanya adik beradik dia yang follow aku, mengadu pada mak dia, laki aku ni spoilkan aku. 


"Ada juga laki aku beli apa tah hari tu, terus call nak duit. Padahal kitorang beli benda itu dengna hasil menabung selama 10 bulan. Itulah perangai adik beradik dia, semua kaki report," ujarnya. 


Sikap keluarga mertuanya berterusan untuk tempoh yang agak lama menyebabkan kewangan mereka terjejas. Ditambah pula dengan keadaan pengadu yang sedang mengandung, perlu membeli semua barangan keperluan bayi menggunakan duitnya sendiri. 


"Sebab suami struggle nak bayar dua rumah sewa, dua bil internet, bil telefon, bil utiliti dan setiap minggu kena hulur RM300+ untuk keperluan dapur rumah mereka. Everything double, gaji RM20,000 pun botak kepala nak saving. 


"Apabila laki aku confront mak dia, mulalah guna tiket air mata. Banyak kali dah laki aku confront, lepas tu mesti balik ke asal. Bila dah kahwin je, laki aku lagi keras dengan mak dia," katanya. 


Pengadu yang bakal bersalin tidak lama lagi sedang mempertimbangkan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa. Tidak kisahlah gaji suaminya sekadar cukup makan untuk hidup kerana suaminya banyak mengabaikan nafkah wajib selepas berkahwin dan kini hidup dalam kesusahan. 


"Aku dah pernah tengok, bila aku tak redha, bermasalah betul hidup suami aku. Aku tak nak doa tak baik kat suami sebab dia sebaik-baik lelaki aku pernah jumpa. 


"Yang penting nafkah semua masih cukup. Kalau tak  cukup, dia mesti buat benda lain yang ambil hati aku, bagi aku happy, emosi aku memang full throttle suami aku jaga," katanya. 


Jauh di hatinya amat berharap keluarga mertua memahami keadaan keluarga kecilnya itu. Tetapi, harapan itu hanya melayu begitu sahaja bilamana si ibu mertua langsung tidak memberikan reaksi risau apabila menantunya itu mengadu dapurnya tidak berasap. 


"Ada cerita dekat mak mertua yang kitorang susah sampai bekalan dapur pun putus. Mak dia senyum weh! Aku macam, Aik? Ini sudah lebih. Kami susah takde simpanan sebab kamu tau. 


"Yang muda (adik beradik suami) tak reti nak mencari kerja. Yang tua, guna tiket warga emas dia. Aku ni bertahan sebab suami kuat pertahankan aku," katanya. 


Walau bagaimanapun, itu semua adalah cerita beberapa bulan yang lalu. Mereka kini lebih bahagia tanpa gangguan dari keluarga mertua sudah faham kehidupan mereka sekeluarga juga susah. 


"Sekarang kami bahagia sangat walaupun gaya hidup kena ubah. Keluarga mertua pun dah tak kacau sebab dia tahu kami susah," katanya. 


Sumber: ConfessTweetMy



from The Reporter https://ift.tt/kHyPuS9
via IFTTT