Telur sudah diimport, kartel sudah ditekan tetapi kenapa rakyat masih susah nak dapatkan telur?



Bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan telur di pasaran sejak beberapa bulan lalu, kerajaan telah mengimport bekalan telur dari beberapa negara lain. 


Dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, masalah kekurangan bekalan telur di pasaran berpunca dari kartel yang mahu mengaut keuntungan lebih, berbanding menjaga kemashalatan rakyat di negara ini. 


Keputusan membenarkan import telur dari luar negara dilihat sedikit sebanyak dapat menekan golongan berkenaan. Tetapi laporan media tempatan pula menunjukkan kesan sebaliknya. 


Lapor Harian Metro, peniaga dan pengguna di ibu kota masih sukar mendapatkan bekalan telur. Tinjauan di beberapa buah kedai runcit dan pasar raya mendapati, hanya telur ayam jenis Omega yang banyak dijual berbanding telur ayam biasa.


"Pergi ke mana-mana kedai runcit kebanyakan kedai memang kehabisan bekalan telur ayam biasa. Yang ada hanya telur Omega dan setengah kedai telur ayam Omega pun sudah habis. 


"Pagi ini saya nak beli yang 10 biji telur ayam atau telur Omega pun tiada stok. Terpaksa pergi ke kedai lebih jauh untuk dapatkan telur ayam," kata suri rumah, Saidah Mokhtar. 


Peniaga kedai runcit, Ashraff Salim, 29, berkata, kedainya hanya menjual telur ayam Omega kerana ketiadaan bekalan telur ayam biasa. 


"Saya buat pesanan untuk tempahan telur daripada pembekal, tetapi yang sampai telur Omega sahaja. 


"Telur Omega hanya untuk kegunaan bukan harian kerana peniaga memang tidak mahu menggunakannya kerana mahal. Sebab itu telur Omega banyak berbaki kerana permintaan rendah. 


"Telur Omega dijual pada harga RM7,50 hingga RM11.90 dengna kuantiti 10 hingga 15 biji," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/azqPsER
via IFTTT