2 remaja culik & bunuh budak 11 tahun untuk jual organ, tetapi gagal sebab tidak tahu kedudukan ginjal
Dua remaja lelaki, AR (17) dan AF (14) didakwa menculik dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki bernama Fadli, berusia 11 tahun di Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Suspek membunuh mangsa bagi mendapatkan organ badannya untuk dijual.
Polis pada awalnya menerima laporan orang hilang dari ibu bapa mangsa. Selanjutnya, mayat Fadli ditemui pada 8 Januari lalu dan mengesyaki mangsa telah diculik dan dibunuh secara terancang.
Menurut polis, kedua-dua suspek mengaku telah menculik mangsa lalu membunuh untuk mendapatkan organnya.
"Suspek mengaku tertarik dengan harga penjualan organ manusia untuk mendapatkan wang," kata jurucakap Polis Daerah Panakkukang, Inspektor Polis Dua Ahmad Halim, kelmarin.
Beliau menjelaskan, dua suspek itu terdahulu melayari laman sesawang jual beli organ. Tertarik dengan harga yang ditawarkan, mereka merancang untuk menculik mangsa dan kemudian dibunuh.
"Suspek AF merayu agar mangsa membantunya membersihkan rumahnya dengan upah Rp50,000 atau RM14. Selanjutnya mereka bertiga pergi ke rumah AR di mana mangsa dicekik dari belakang dan dihentak ke dinding sebanyak tiga hingga ke lima kali.
"Kaki mangsa diikat dan disumbat ke dalam plastik berwarna hitam lalu dibuang ke bawah jambatan," katanya.
Tidak beberapa lama selepas itu, polis menerima laporan orang hilang daripada ibu bapa mangsa. Bertindak di atas laporan itu, polis mula menjalankan siasatan dan memeriksa sejumlah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
8 Januari 2023, mayat mangsa ditemui dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes penculikan dan pembunuhan terancang.
Dalam temubual bersama TV One, suspek mengaku membunuh mangsa bagi mendapatkan wang dari hasil penjualan organ. Dengan wang tersebut, suspek mahu membantu keluarganya membina rumah dan membeli laptop untuk kakaknya.
"Dengan hasil jualan organ, saya dapat belikan laptop untuk kakak, dapat bantu bina rumah orang tua," kata suspek.
Bagaimanapun setelah membunuh mangsa, suspek mengakui mereka tidak tahu di mana letaknya jantung dan ginjal. Malah, pihak yang mahu membeli organ tersebut juga dikatakan tidak dapat dihubungi.
"Saya belum belah mayat mangsa, saya tidak tahu di mana letaknya jantung dan ginjal. Saya panik di situ bila mana individu yang dikenali dari internet tidak membalas panggilan saya," katanya.
Hal itu menyebabkan kedua-dua suspek mengambil keputusan untuk membuang mayat mangsa di bawah jambatan.
Menurut suspek (AF), organ ginjal boleh dijual dengan harga sehingga US$80,000 atau RM350,000.
Kedua-dua suspek ditahan pada jam 3 pagi 10 Januari lalu dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Kes itu menggemparkan warga penduduk tempatan yang kemudian beramai-ramai menyerang rumah keluarga suspek sehingga hancur. Hal itu menyebabkan polis terpaksa datang untuk mengawal keadaan.
from The Reporter https://ift.tt/4tTfDrv
via IFTTT