Bagaimana kalau pelajar sekolah diberi pilihan sama ada bebas pakai tali leher atau sebaliknya, wahai menteri?
Sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu telah pun memulakan sesi persekolahan 2022/2023 (penggal ketiga) bermula 1 Januari lalu.
Sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pula memulakan sesi persekolahannya pada Selasa, 3 Januari.
Sebelum itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada 28 Disember lalu turut memuat naik ciapan mengucapkan selamat kembali ke sekolah pada para pelajar.
Kalendar Akademik Penggal 3 Sesi 2022-2023 akan bermula pada 1 Jan 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Kumpulan A.
— Fadhlina Sidek (@FadhlinaSiddiq) December 28, 2022
Manakala sekolah-sekolah dalam Kumpulan B akan memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2023.
Saya ucapkan selamat kembali ke sekolah tidak lama lagi!#7terasKPM pic.twitter.com/q21AFs9xvC
Bagaimanapun terdetik di fikiran seorang penulis/kolumnis, Hafiz Hassan, apabila melihat anaknya yang sedang bersiap ke sekolah masih wajib memakai tali leher. Sedangkan Ahli Parlimen yang hadir ke Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini dikecualikan daripada memakai tali leher.
Mengikut kod pakaian yang terdapat di laman web rasmi Parlimen, Ahli Parlimen yang menghadiri sesi Parlimen dikehendaki memakai sut, kemeja lengan panjang dan tali leher, sebaik-baiknya berwarna gelap.
Mereka juga boleh memilih untuk memakai pakaian kebangsaan atau tradisional yang lengkap dengan kasut kulit atau kasut dan stokin berwarna gelap lain yang serupa.
Pilihan untuk memakai tali leher atau tidak, diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, sebelum menangguhkan sesi hari pertama persidangan.
"Sekadar peringatan dan permintaan, ada cadangan untuk esok, mereka yang berhajat memakai sut, saya mengecualikan mereka daripada memakai tali leher.
"Jadi anda boleh datang dengan Baju Melayu atau sut tanpa tali leher, itu satu pilihan," katanya di Parlimen.
Fadhlina tidak memuat naik ciapan pilihan untuk memakai tali leher atau tidak untuk anak-anak sekolah. Kelas dan Dewan Rakyat, bagaikan langit dan bumi.
Adakah akan ada pilihan untuk tidak memakai tali leher untuk anak-anak sekolah kita, wahai Menteri?
Sumber: Hafiz Hassan/Malay Mail
from The Reporter https://ift.tt/N6kZQ8E
via IFTTT