China kutuk negara yang sekat & wajibkan warganegaranya jalani ujian Covid-19 sebelum masuk

Foto (hiasan) Reuters


Peningkatan bilangan kes Covid-19 disebabkan varian baharu di China mencetuskan kebimbangan global sehingga ada negara yang mengumumkan pihaknya akan mengetatkan prosedur di pintu masuk/sempadan terhadap pelancong China bagi mengelak penularan wabak itu. 


Tindakan itu mengundang kemarahan China yang mengutuk perbuatan mengenakan syarat ujian Covid-19 baharu ke atas warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara adalah tidak munasabah dan tiada asas saintifik.


Malah, Beijing memberi amaran bahawa pihaknya akan mengambil tindakan balas terhadap mana-mana negara yang berbuat demikian iaitu, Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan Jepun. 


Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata, "Sesetengah negara mengambil sekatan kemasukan yang menyasarkan hanya pengembara China.  Ini tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa amalan tidak boleh diterima," katanya. 


Dalam satu kes di Korea Selatan, seorang pengembara warga China yang disahkan positif Covid-19 semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, dilaporkan hilang semasa menunggu di kemudahan kuarantin. 


Difahamkan, individu itu terdahulu telah dipindahkan ke hotel berdekatan untuk menunggu kemasukan kuarantin, tetapi dilaporkan hilang menjadikan dia diletakkan dalam senarai individu dikehendaki dan bakal dikenakan hukuman penjara hingga satu tahun atau denda 10 juta won (RM34,500), jika sabit kesalahan. 


Sumber: Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/i83yOCN
via IFTTT