'Ini adalah telur tempatan, bukan dari Tamil Nadu' - Cubaan YB Jabi perli & claim hasil usaha Mat Sabu, dikritik netizen



Krisis telur dalam negara sebelum ini begitu membimbangkan apatah lagi memberikan kesan kepada rakyat terutamanya peniaga yang menjalankan perniagaan melibatkan pembuatan kek dan kuih muih. Keluh kesah mereka sudah diluahkan kepada kerajaan sebelumnya, tetapi tiada tindakan drastik yang dilakukan bagi menangani isu ini.


Melihat kepada krisis yang berlarutan ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu memaklumkan kerajaan akan mengimport bekalan telur daripada beberapa negara sumber yang sudah dikenal pasti dengan segera bagi menjamin bekalan tempatan mencukupi.


Pada Disember lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) membenarkan kemasukan telur ayam import dari India melalui laluan udara sebagai fasa percubaan.


Usaha  dan langkah yang telah dibuat oleh Mat Sabu itu telah mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi, sehingga ada yang memperlekehkan tindakannya itu.


Melalui satu hantaran di Facebook, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim menyatakan FAMA Terengganu telah membawa masuk lebih 340 ribu bekalan telur dari negeri lain ke Terengganu, sebagai langkah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan. Beliau juga menambah, telur berkenaan adalah telur tempatan dan bukannya dari Tamil Nadu, India.



Menyedari perkara itu, Mohamad Sabu kemudian membalas dakwaan tersebut di mana arahan kepada FAMA untuk menghantar bekalan ke negeri itu sejak bulan lepas sehingga sekarang adalah dari arahannya sendiri.




Namun begitu, ADUN Jabi kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan kenyataan balas itu kemudian menegaskan bekalan telur itu dari ladang Melaka yang dibawa masuk oleh FAMA Negeri Terengganu.


"Terima kasih YB Menteri. Ada masa jemputlah mari makan roti canai telur di Terengganu, Exco Terengganu pun tak ada claim apa-apa yang menyatakan bahawa Kerajaan Terengganu yang bawa masuk telur, kan? Itu telur dari ladang di Melaka yang dibawa masuk oleh FAMA Negeri Terengganu,” tulisnya di Twitter.




Keadaan bertambah hangat apabila Exco Pertanian Negeri Melaka, Abdul Razak Abdul Rahman pula tampil mempertahankan Mohamad Sabu dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.


"Sebagai Exco Tertanian Negeri Melaka, saya dimaklumkan oleh Pengarah FAMA Negeri untuk bantu Menteri MAFS sediakan bekalan telur bagi seluruh Negara. Kenyataan Bang Mat tu betul. Dia memang bersungguh cari bekalan telur untuk bantu rakyat seluruh Malaysia.


"Saya jelaskan supaya Menteri tak dituduh claim tak bersebab, memang arahan untuk bantu itu datang dari Menteri. Patut diberi kredit," katanya.



Sumber: Mohamad Sabu, Dr Azman Ibrahim, Abdul Razak Abdul Rahman.



from The Reporter https://ift.tt/OJNAtMh
via IFTTT