Polis menahan seorang lelaki etnik Rohingya pada 28 Disember 2022 kerana disyaki mencabul anak jirannya dalam kejadian di Semabok.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, buruh binaan berusia 35 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa.
Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku pada jam 8.30 malam, 26 Disember 2022 yang membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Mangsa kemudian menceritakan mengenai kejadian itu kepada bapanya pada keesokan pagi.
Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, mangsa sedang bermain bola di hadapan rumah dan didatangi oleh suspek yang terus menarik dan mencabulnya beberapa kali. Ketika kejadian itu, adik lelaki mangsa yang berada di situ tidak menyedari perkara yang menimpa kakaknya.
Menurut bapa mangsa, anak keduanya itu pada awalnya takut menceritakan kejadian itu kepadanya. Selepas dipujuk, mangsa akhirnya menceritakan tindakan keji suspek yang turut mengeluarkan kata-kata lucah kepada adik mangsa mengenai fizikal tubuh kakaknya itu.
Mangsa mendakwa, sebelum kejadian itu berlaku suspek penah menegur dia dan adiknya semasa dalam perjalanan ke rumah nenek mereka yang tinggal berdekatan.
Suspek kini direman sehingga 9 Januari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/GcZXbAL
via IFTTT