MP Ketereh disekolahkan netizen kerana pertikai pelantikan Farhash sebagai pengerusi baharu 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd



7-Eleven Malaysia Holdings Bhd semalam dalam satu kenyataan mengumumkan, Robin Tan Yeong Ching telah meletak jawatan sebagai pengerusi dan digantikan oleh Farhash Wafa Salvador. 


Pelantikan Farhash itu menimbulkan rasa kurang senang Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor, yang menuntut penjelasan dari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pelantikan bekas setiausaha politiknya ke jawatan besar korporat itu bertentangan dengan prinsip tatakelola yang dilaungkan Anwar sebelum ini. 


"Mana pergi janji-janji yang dilaungkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk tatakelola yang baik dan integriti dalam mentadbir negara? 


"Pelantikan Farhash adalah bukti bahawa agenda 'reformasi' yang dilaung-laungkan oleh PH dan Anwar sekian lama adalah bohong dan merupakan taktik politik untuk memperdayakan pengundi," katanya. 


Khlir juga menyifatkan pelantikan Farhash itu sebagai satu perkara yang jijik dan dipandang serong.


Kenyataan Ahli Parlimen Ketereh itu mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial yang mengatakan Khlir mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian terlebih dahulu. 


"Cuba study dulu sebelum buat statement. Company itu bukan GLC. 7-Eleven itu company US, multinasional chain of retail convenience store. Untuk francais Malaysia, Vincent Tan pemegang saham paling besar. Dia boleh melanik sesiapa sahaja unuk menjadi pengerusi. Tiada kena mengena dengan kerajaan," jelas Shuk. 


"Nak membantah pun biarlah cerdik sikit. Syarikat itu tiada kena mengena dengan kerajaan pun. Dia nak melantik siapa pun, itu hak dia, syarikat dia. Yang kamu duk bising meroyan itu kenapa? Kalau kau pun nak jawatan itu, kau mintak la," kata Sabri. 


Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/dT4mQf7
via IFTTT