(Video) 'Hotpot' meletup! Pelanggan alami luka melecur tahap 2 tetapi pihak restoran hanya tawarkan pampasan RM4,000 berbanding kos rawatan sebenar hampir RM30,000
Sebuah keluarga menuntut bayaran pampasan selepas mereka mengalami kecederaan (melecur tahap satu dan dua) disebabkan periuk meletup secara tiba-tiba semasa sedang menjamu selera di sebuah restoran di Kuala Lumpur.
Salah seorang mangsa, Jason Chiu berkata, kos rawatan perubatannya sahaja telah mencecahkan RM30,000. Malangnya, pihak restoran hanya menawarkan pampasan sebanyak RM4,000.
Menerusi hantaran di Facebook mengenai insiden yang berlaku pada September tahun lalu, Jason berkata dia bersama dengan keluarganya datang ke restoran itu dan memesan empat hidangan.
Lima minit kemudian, api pada dua 'hotpot' tersebut terpadam dan pelayan datang membantu menyalakan api. Seketika kemudian, dua lagi hotpot yang lain juga terpadam.
Pelayan yang lain datang membantu menyalakan semula api, tetapi sebelum itu pelayan berkenaan mengoncankan bekas gel tersebut dengan kuat sehingga menyebabkan ia disambar api dan hotpot tiba-tiba meletup mengenai dia dan bapanya di bahagian muka dan dada.
Pelayan berkenaan hanya terkaku di situ selama lima minit, sebelum salah seorang pekerja lain datang membawa alat pemadam api untuk memadamkan api.
1. A family is claiming to have suffered 1st and 2nd-degree burns, after a hotpot exploded at a restaurant in KL.
— BFM News (@NewsBFM) January 11, 2023
One of the victims, Jason Chiu, said his medical bills came up to RM30,000.
He told BFM News, the restaurant only offered RM4,000 in compensation.
📹: Jason Chiu pic.twitter.com/dj4jnpO3ez
Jason segera dikejarkan ke hospital, manakala bapa dan dua lagi adik beradiknya dihantar ke hospital oleh pemilik restoran. Jason mendakwa, pemilik restoran ada memaklumkan kepada keluarganya bahawa dia akan bertanggungjawab untuk membayar semua kos rawatan mereka sekeluarga.
Pada awalnya keluarga Jason bercadang menggunakan insuran persendirian, agar mereka boleh mendapatkan rawatan segera.
Pada Oktober 2022, Jason menuntut pampasan yang dianggarkan munasabah dari pemilik restoran di mana keluarganya menuntut pampasan sebanyak RM80,000. Tetapi tuntutan itu ditolak oleh pemilik restoran dan hanya menawarkan pampasan sebanyak RM3,000 sahaja yang dibayar RM2,000 secara tunai dan RM1,000 dalam bentuk baucar makan di restoran.
Pemilik restoran sekali lagi menaikkan jumlah pampasan tunai sebanyak RM3,000 dari RM2,000 selepas Jason menolak tawaran itu. Jelas Jason, tawaran itu tidak masuk akal kerana kos rawatannya sahaja telah menelan belanja hampir RM30,000.
Selain itu, yuran pengajiannya juga bertambah kepada RM10,000 ekoran tidak hadir selama sebulan dan kos pakaiannya juga adalah sebanyak RM500.
Tidak berpuas hati dengan respon yang diterima, Jason kini merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap restoran tersebut.
Sumber: BFM News, FB Jason Chiu
from The Reporter https://ift.tt/Lz7WoEI
via IFTTT