'Baju ini tribute untuk lagu Ku Ikhlaskan yang disangka menang, tapi hampeh' - Vida kecewa, telekung bling-bling tak bantu raih kemenangan



Usahawan Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, mengakui dia kecewa dan tidak dapat menerima kenyataan apabila muzik video lagu Ku Ikhlaskan tidak berjaya memenangi kategori Muzik Video Tergempak di malam Anugerah Gempak Most Wanted Awards (GMWA2022), Ahad lalu. 


Apatah lagi, busana rekaan Behati yang dipakainya pada malam itu sempena tribute kepada lagu tersebut, juga tidak membantu. 


"Kalah! Nak balik dah lah. Merajuk bawa diri sebab tak menang. 


"Baju ini tribute untuk lagu Ku Ikhlaskan yang disangka menang, tapi hampeh (gagal). 



"Ini adalah telekung yang besar selalu kita pakai. Tapi kali ini pereka jadikan ia laebih bling-bling (menyerlah). Cik B pula bawa watak badut seperti baju yang saya kenakan dalam MV itu. 


"Baju ini inspirasi sempena ramadan yang bakal tiba," katanya memetik laporan dari Gempak.com. 



Vida juga tidak kisah jika penampilannya dengan busana rekaan Behati itu mendapat kritikan ramai dan dia menerima segala kritikan itu dengan hati terbuka. 


"Netizen kena terimalah dengan hati yang terbuka seperti mana saya menerima kekalahan ini," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/hKpiBv3
via IFTTT