'Can't you guys just mind your own business?' - Owner bengang jiran pertikai dia bela babi di rumah urban area tapi...
Tindakan seorang penduduk di kawasan perumahan yang majoritinya beragama Islam, menjadikan babi sebagai binatang peliharaan mengundang banyak reaksi orang ramai yang mempersoalkan apakah perbuatan itu dibenarkan atau jadi kesalahan di sisi undang-undang.
Terdahulu pemilik haiwan itu yang tidak didedahkan namanya, meminta orang ramai berhenti mempersoalkan tindakannya membela haiwan tersebut.
"Boleh tak awak semua jaga hal masing-masing? Dunia ini aman sekiranya orang-orang seperti awak semua ini tidak menyibuk dengan hal orang lain.
"Disebabkan awak semua, sekarang saya kena tinggalkan 'baby' saya. Tak apa, saya akan pulih dan awak akan dapat balasannya," katanya.
Hantaran di Facebook itu kemudian dibalas oleh beberapa individu yang mendakwa pernah melihat dia membawa babi tersebut berjalan-jalan di sebidang tanah kosong. Ketika itu, babi tersebut masih kecil.
Netizen yang lain kemudian tampil membuat teguran secara baik kerana kawasan kejiranan itu juga didiami oleh jiran beragama Islam.
"Sebagai Muslim, saya faham kekecewaan awak. Tetapi awak juga perlu faham bahawa kita tinggal di negara yang berbilang budaya dan agama. Awak juga perlu mempertimbangkan kepentingan kami.
"Haiwan peliharaan awak menghidu atau menjilat kawasan sekitar seperti taman permainan awam akan menimbulkan ketidakselesaan pada anak-anak yang bermain di situ. Kalau awak tinggal di kawasan Ulu, tiada masalah," katanya.
Pemilik babi itu menjawab dia faham dan hormat pada jiran-jiran, tetapi dia tidak pernah membawa haiwan peliharaannya keluar dari rumah dan hanya dilepaskan di halaman belakang rumahnya sahaja.
Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata tidak bersetuju dengan tindakannya memelihara babi di kawasan perumahan bandar.
"Ini urban areas, nak bela ayam kat dalam rumah sendiri pun kena report sebab berbau busuk," kata Sarah.
"Macam bela kambing la kot. Kalau duduk kampung, tak ada masalah pun. Tapi kalau duduk perumahan atau urban area, banyak isu akan timbul seperti bau, bunyi, najis dan keselamatan," kata Udin.
"Dah nanti jadi masalah, kena wabak penyakit JE, satu kerja lagi untuk team inspektor kesihatan nak kena tengok. Dapat zoonotic disease habislah komuniti," kata Tiang.
Sumber: Twitter Nor Azam Budin
from The Reporter https://ift.tt/xP2XjCO
via IFTTT