Identiti sekumpulan pelajar yang merosakkan harta benda sekolah dalam video tular di media sosial, telah pun dikenal pasti dan akan dikenakan indakan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, pihak sekolah berkenaan telah mengenal pasti identiti pelajar terbabit dan siasatan sedang dijalankan.
"Perkara ini berada dalam pengetahuan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Tindakan pertama sekolah adalah memanggil pelajar ini dan ibu bapa mereka untuk siasatan.
"Berdasarkan video tular itu, saya tidak fikir ia satu perkara yang sepatutnya berlaku dan kita memang tidak berkompromi dengan tindakan-tindakan vandalisme dan keganasan.
"Untuk hal ini, bimbingan dan kaunseling juga difikirkan perlu diberikan kpada pelajar terbabit," katanya.
Sejak semalam tular video sekumpulan pelajar terbabit merosakkan harta benda sekolah bagi meraikan hari terakhir persekolahan. Tindakan mereka itu mengundang reaksi negatif netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap perbuatan vandalisme tersebut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/JsPg4HL
via IFTTT