'Ini rumah ke, tempat penyimpanan sampah?' - Penghuni lain dah buat report, tapi tiada tindakan langsung
Foto @Aidilsundae |
Tular di media sosial gambar depan sebuah rumah pangsapuri dipenuhi dengan barang dan sampah sarap dipercayai dikumpul oleh pemilik unit berkenaan.
Sikap tidak bertanggungjawab pemilik unit berkenaan di Flat Taman Medan, Petaling Jaya, telah menyebabkan laluan penghuni terhalang sepenuhnya.
Aku tak tahulah ni rumah ke,tempat penyimpanan sampah. Ni dekat sebelah rumah kakak aku. Disbbkan byk sgt barang dia kumpul sampai susah nak jalan. Kau kena pusing satu round floor tu utk pergi lift dekat area rumah dia. Dah lah lift lagi satu rosak. Menyusahkan orang betul. pic.twitter.com/WcGklOjEnQ
— AIDILSUNDAE (@Aidilsundae) February 25, 2023
"Aku tak tahulah ini rumah ke, tempat penyimpanan sampah. Ini dekat sebelah rumah kakak aku.
"Disebabkan banyak sangat barang dia kumpul sampai susah nak jalan. Kau kena pusing satu round floor itu untuk pergi lift dekat area rumah dia.
"Sudahlah lift lagi satu rosak, menyusahkan orang betul," kata Aidil Sundae yang memuat naik gambar tersebut di Twitternya hari hari ini.
Dalam pada itu, Aidil bimbang sekiranya masalah itu tidak ditangani segera akan mengundang penyakit yang tidak diingini.
"Kotor gila weyh tempat ni. Aku tak tahulah dia ada penyakit apa sampai kumpul segala jenis barang dekat luar rumah dia. Sampai sebelah rumah pun dia main letak barang dia," katanya.
Menurut Aidil, kakaknya pernah membuat aduan mengenai masalah itu. Malangnya pihak berkenaan tidak mengambil sebarang tindakan dan pemilik rumah juga seakan-akan tidak mempedulikan rungutan jiran yang lain.
"Kakak aku pernah buat report pada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ). Pengurusan flat ini? Tak jalan, tak fahamlah.
"Harapnya selepas viral ini ada tindakan daripada MPPJ atau pihak atasan lain. Kasihan kakak aku dan penghuni PPR ini kena hadap sifat pemilik unit itu yang pentingkan diri sendiri," katanya.
Update: Kakak aku dah report dekat pej taman medan. Dan akak aku cakap report pun tak jalan. Hopefully,lepas viral ni ada tindakan dari MPPJ ke dari pihak atasanlah. Kesian akak aku/org PPR ni nak kena hadap sifat pentingkan diri sendiri dari tuan rumah ni. pic.twitter.com/L35XcXwEqu
— AIDILSUNDAE (@Aidilsundae) February 26, 2023
Sumber: Twitter Aidil Sundae
from The Reporter https://ift.tt/wgNZfJG
via IFTTT