Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang hari ini memutuskan sekumpulan murid dalam video tular menjahanam harta benda sekolah di Seberang Perai Selatan (SPS) dikenakan hukuman sertai khidmat komuniti.
JPN negeri berkata, hukuman itu sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan mereka tidak mengulangi perbuatan yang sama di masa akan datang.
Difahamkan, keputusan itu dibuat selepas JPN negeri berbincang dengan murid bersama dengan ibu bapa mereka mengenai kejadian yang telah berlaku.
Dalam pada itu, JPN Pulau Pinang turut menyatakan kekesalan pihaknya mengenai kejadian tersebut dan mahu pihak sekolah memberi perhatian yang serius agar kejadian itu tidak berulang lagi.
"Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi," katanya.
Nilai kerugian kerosakan harta benda sekolah berkenaan masih dalam siasatan.
JPN Pulau Pinang turut menggesa mana-mana portal yang menyiarkan video tular tersebut tanpa mengaburkan wajah murid berkenaan supaya segera memadamkannya kerana ia bercanggahan dengan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/7mSMNig
via IFTTT