'Negara Eropah tak tunjuk sebarang usaha bantu Turki hadapi bencana gempa bumi' - Hadi Awang



Bencana gempa bumi yang melanda Tukri dan Syria dilaporkan telah mengorbankan banyak nyawa. Prihatin dengan kejadian yang berlaku, beberapa negara lain telah bertindak menghulurkan bantuan dengan segera, termasuk Malaysia. 


Bagaimanapun, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa, negara-negara Eropah tidak menunjukkan sebarang usaha untuk membantu Turki dan lebih rela berbelanja berbilion dolar untuk berperang di Ukraine. 





"Maka, tanggungjawabuntuk membantu saudara-saudara kita ini jatuh ke bahu kita sendiri. 


"Pasukan Malaysia sudah berada di sana bertugas bagi membantu rakyat Turki yang terjejas," tulisnya di Twitter bersempena dengan pelancaran Tabung Kemanusiaan Terengganu untuk rakyat Turki. 


Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai yang tidak berkemampuan untuk pergi ke Turki bagi tujuan membantu, boleh menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai kepada tabung yang disediakan. 




Kenyataan Hadi itu mengundang rasa kesal netizen kerana sebagai pemimpin, Hadi sepatutnya membuat semakan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan di meda sosial. 


Sedangkan berdasarkan maklumat terbuka yang mudah diperoleh di media sosial menunjukkan negara-negara kesatuan Eropah seperti United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Jerman, Polan, Greece, Romania, Croatia, Republic Czech dan lain-lain turut menghulurkan bantuan segera untuk membantu Turkiye. 




Perkara itu turut disahkan sendiri oleh Pesuruhjaya Eropah untuk Pengurusan Krisis, Janez Lenarcic, pada 7 Februari lalu menerusi ciapannya di Twitter. 



"Sedih sebab dia rasa dia mewakili Islam tetapi agama Islam mana ada mengamalkan sifat membuat tuduhan melulu dan prejudis terhadap sesama insan. Sanagt egois," kata Rasta. 


"Allahu, saya tak tahu la nak cakap macam mana. Banyak negara-negara Eropah yang membantu Turkiye. Kita hanya perlu buka telefon dan cari sahaja berita negara mana yang membantu Turkiye dan Syria. Allahu sedih sungguh baca statement ni," kata Faris Farhan.


"Cakap tak berfakta langsung. Punyalah banyak negara EU yang menghantar pasukan penyelamat pergi ke Turkiye. Dia belasah saja kata tak ada. Google itu dah free, punyalah malas nak buat research," kata Aiman. 


"Sebab Erdogan tak kawan dengan kau, gempa bumi yang berlaku di Turkiye kau kata bala. Lain kali check fakta dulu sebelum nak menuduh negara-negara Eropah tak hantar bantuan," kata Deen.


"Turkiye dilanda gempa bumi dikatanya bala. Kelantan dan Terengganu banjir pula dianggap ujian dan di sebalik ujian ada rahmat. Allah, tawaduk tuan guru ayoh cik. Kemah tok guru kita," kata Kamil. 




Sumber: Free Malaysia Today, Twitter Arwah Mak Lampir, Facebook Abdul Hadi Awang

from The Reporter https://ift.tt/4Cxls5A
via IFTTT