'Ngeri tengok baju Nabila Razali' - Netizen dakwa pakaian Nabila terlalu ketat sampai nampak bentuk badan



Pakaian yang dipakai oleh selebriti Nabila Razali di malam Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) semalam mengundang banyak reaksi netizen yang rata-rata beranggapan terlalu ketat dan mencemarkan imej wanita muslimah. 


Peminat dan netizen berkata, mereka terkejut melihat pakaian Nabila dan mempersoalkan apakah tiada kenalan atau pihak yang memberikan pandangan mengenai busana tersebut. 


"Aku jaranglah nak condemn tau pakaian artis sebab itu hak diorang. Tapi kenapa baju Nabila Razali kat AJL 37 ni? Ngeri lah tengok. Kalau loose sikit baju tu atau ubah syle tudung ke, mungkin better," kata Joeng. 


"Harap pihak AJL TV3 kenakan syarat pakaian hendaklah sopan dan tidak menjolok mata. Artis lelaki berpakaian sopa, manakala yang perempuan? Nak ajak adik tengok AJL sekali pun ralat. Cukuplah pertandingkan bakat dan lagu, bukannya tubuh badan. Maaf, cakap jujur," kata Azee. 


"Semua yang terlibat dalam perkara mungkar akan dipersoalkan Allah di 'sana' nanti. Kita dah akhir zaman. Saudara-saudara kita yang ditimpa musibah perlukan doa dari kita, bukan ditabui dengan hiburan semata. Wahai mereka yang terlibat, sampai bila nak biarkan Malaysia disaluti maksiat!" kata RL. 


Majoriti netizen mengkritik pakaian Nabila terlalu ketat sehingga menampakan bentuk badan di mana bentuk-bentuk itu sepatutnya dilindungi dari pandangan orang awam khususnya lelaki. 


'Kecuaian' yang berlaku ini membuatkan netizen sedih dan kecewa kerana golongan selebriti sudah banyak kali dinasihatkan untuk menjaga penampilan setiap kali menghadiri acara besar seperti ini. Malangnya nasihat tidak diendahkan dan semakin galak berbuat demikian.


"Benarlah kata Nabi S.A.W, satu hari nanti akan ada golongan manusia yang berpakaian tetapi telanjang," kata Usman Hadif.


Sumber: Instagram TV3 Malaysia




from The Reporter https://ift.tt/t26jgi8
via IFTTT