'Pakai macam ni pun kena komen lucah' - Young Syefura kesal lelaki tinggalkan komen lucah pada gambarnya
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara, meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan seorang lelaki yang memuat naik komen lucah pada gambarnya.
"Pakai macam ni pun kena komen lucah," tulisnya ringkas pada ciapan di Twitternya petang tadi yang mengundang banyak reaksi netizen.
Berdasarkan gambar yang dikongsikan, lelaki berkenaan yang menggunakan nama Tengku Kudin Stone mengakui dia tidak dapat mengawal diri apabila melihat gambar tersebut sehingga membayangkan perkara yang tidak sepatutnya.
Komen Tengku Kudin Stone itu menyebabkan dirinya dikecam teruk oleh netizen dan tidak kurang juga meminta lelaki itu dikenakan tindakan tegas kerana memuat naik kenyataan biadab dengan tujuan mengaibkan mangsanya di media sosial.
"Comment itu sungguh menjijikkan. Kesian anak bini kau dapat laki macam ni," kata Azinisa.
"Nampak sangat otak kotor. Tak perlu dilayan. Di padang masyar menjawab la. Delete post pun dah ditulis malaikat kiri," kata Benusville.
"Allahuakbar, dah pakai tutup habis, takde tang mana yang ketat pun. Lelaki tu yang mereng otak agaknya," kata Along.
"Itu pun ada lagi yang nak menyalahkan perempuan. Korang yang lelaki itu ada fikiran dan nafsu, kawal la. Asyik nak salahkan perempuan je. Diri sendiri bermasalah tak nak mengaku. Bangang betul lelaki macam ni," kata Your.
Sumber: Twitter Young Syefura
from The Reporter https://ift.tt/OrLhI1W
via IFTTT