'Saya hanya bergurau, tak pernah sesekali membela ular' - Lelaki nafi adopt anak kucing untuk dijadikan makanan ularnya



Semalam tular di media sosial, seorang lelaki mengakui mengambil anak kucing atau arnab yang diiklankan secara percuma di media sosial untuk dijadikan sebagai santapan ular peliharaannya. 


Baca: 'Moment bila bunyi meowing tu fading, bunyi tulang cracking masa kena sambar *chef kisses*' - Lelaki ini mengaku adopt anak kucing untuk dijadikan makanan ular peliharaan


Bagaimanapun, individu berkenaan yang dikenali sebagai Muhammad Syazuan, tampil menafikan dakwaan itu dan telah membuat laporan polis bagi membersihkan namanya. 

 

Jelas juruteknik berkenaan, dia tidak pernah sesekali membela haiwan reptilia itu dan hanya ciapannya di laman Twitter hanyalah sekadar bergurau sahaja. 


"Kenyataan tersebut adalah sekadar untuk bergurau sahaja. Profil Linkedin dan Instagram saya telah diviralkan akibat daripada balasan ciapan tersebut. 


"Kenyataan saya pada ciapan tersebut adalah gurauan dan tidak benar. Saya tidak pernah sesekali membela ular," katanya. 




Semalam, media sosial heboh dengan ciapan perkongsian tips dari Syazuan yang mengatakan dia mengambil anak kucing atau arnab yang diiklankan secara percuma di media sosial untuk dijadikan sebagai makanan ular peliharaannya bernama Helga, yang selama ini hanya makan tikus. 


Dalam ciapan lain, Syazuan juga mengakui dia suka mendengar bunyi ngiauan anak kucing yang dibelit ular semakin lama semakin pudar, ditambah dengan bunyi tulang-temulang anak kucing yang patah akibat dibelit ular sebelum ditelan. 



from The Reporter https://ift.tt/Bf409Ke
via IFTTT