'Semua ada anak nak sara' - Staff dedah gaji semua pekerja dipotong 35% oleh company dimiliki famous couple, sebab tak capai sales target



Majikan merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menjaga setiap kebajikan pekerja. Setiap pekerja pula mempunyai hak untuk mendapatkan keistimewaan yang telah disediakan oleh syarikat atau majikan bergantung kepada status pekerja itu sendiri sama ada pekerja itu lantikan tetap atau sambilan.


Namun begitu, banyak isu yang dilaporkan di mana ada majikan yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja sehingga mengabaikan hak-hak pekerja. Gaji merupakan masalah utama yang dihadapi pekerja terutamanya yang terlibat di dalam sektor pemasaran dan perniagaan.


Menerusi Twitter, seorang pengadu mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan majikannya, meminta pandangan netizen tentang kewajaran syarikatnya yang dimiliki pasangan terkenal bertindak memotong gaji pekerja.


“Wajarkah satu company owned by a very famous couple, potong gaji semua pekerja sebab tak capai sales target. Tetapi staff tak pernah sign any black and white (document) untuk menyatakan yang semua staff work under KPI. Potong 35% gaji, walhal company sales meletup last year.


“So, I nak tahu kalau benda ni illegal atau tidak dan boleh report ke tak kepada pejabat buruh,” tulisnya.


Pengadu turut menyatakan jumlah yang dipotong bukanlah sedikit. Dan tindakan itu akan memberikan kesan kepada semua pekerja yang terlibat, terutama sekali pekerja yang sudah mempunyai keluarga untuk disara.


“35% is a lot and kesian designers, marketing semua yang tak ada kena mengena dengan sales pun affected by paycut ni. Semua ada anak nak sara,” katanya.



Sementara itu netizen berpendapat, majikan tidak boleh memotong gaji tanpa dokumen yang sah melainkan telah menandatangani perjanjian. Majikan juga tidak patut menyalahkan pekerja jika hasil keuntungan syarikat tak mencapai KPI yang ditetapkan. Ini kerana adakalanya majikan sendiri tidak dapat melaksanakan strategi mereka.


Tidak kurang juga, ada yang meminta pengadu mendedahkan terlebih dahulu siapakah pasangan terkenal yang dimaksudkan sebelum mereka menjawab pertanyaan pengadu.



Sumber:  Twitter Pedoqpop



from The Reporter https://ift.tt/7QTp0NY
via IFTTT