Susulan tular video pergaduhan penghantar makanan Food Panda dengan keluarga yang sedang menganjurkan 'family day' di Batu Pahat, polis telah menahan 11 individu untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia dari 17 hingga 62 tahun dan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanan Keseksaan kerana merusuh.
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan polis pada jam 2.30 petang semalam berlakunya pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, semalam.
"Dalam kejadian ini, penghantar makanan turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.
"Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun," katanya.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Dalam pada itu, polis meminta pengguna media sosial tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Terdahulu, anak perempuan kepada warga emas yang terbabit dalam kes itu tampil menceritakan kejadian sebenar di mana dia mendakwa isteri kepada penghantar makanan terbabit yang menjadi punca kejadian.
"Tiba-tiba dia (makcik) itu datang dan cakap keadaan terlalu bising sangat sehingga mengganggu dia dan anaknya mandi kolam.
"Kitorang cakaplah kak, tempat ini kitorang dah booking. So kitorang buat sukaneka, ikut suka kitoranglah nak bising ke tak sebab kitorang dah booking. So apa tujuan akak datang ke sini nak suruh kitorang slowkan muzik apalah semua?" katanya.
Jawapan itu membuatkan wanita berkenaan berang lalu beredar sebelum kembali semula bersama suaminya yang mahu berdepan dengan mereka.
Penjelasan penuh pihak baju merah boleh baca di sini: (Video) 'Siapa yang sound bini aku?! Sini aku nak jumpa!' - Pihak baju merah dedah cerita sebenar, dakwa isteri Rider Food Panda jadi punca pergaduhan
Sumber: Kosmo Online
from The Reporter https://ift.tt/iqwbgUp
via IFTTT