(Video) 'Korang memang sengaja nak sabotaj majlis aku kan?!' - Lelaki kecewa, bekas-bekas teman wanita datang rosakkan majlis perkahwinannya



Hasrat seorang lelaki untuk menamatkan zaman bujangnya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila beberapa bekas teman wanitanya secara tiba-tiba muncul di hari perkahwinannya.


Difahamkan, majlis itu diadakan pada 6 Februari lalu, dan kehadiran sekumpulan bekas teman wanita Chen Song, mengundang pelbagai reaksi para tetamu yang dijemput hadir ke majlis berkenaan.


Kumpulan itu turut membawa kain rentang berwarna merah besar ditulis, "Kami adalah bekas teman wanita Chen Song dan hari ini kami akan memusnahkan kamu!" 


Pada awalnya tetamu menyangkan insiden itu hanyalah sebahagian daripada gimik atau gurauan mesra. Tetapi sekumpulan wanita itu menegaskan bahawa mereka adalah bekas teman wanita Chen yang pernah dihinanya. Kedatangan mereka juga bertujuan untuk memusnahkan hari kebahagiaannya. 


Video insiden itu turut tular di media sosial. Mereka berdiri di seberang jalan tidak beberapa jauh dari majlis sambil memegang kain rentang tersebut.   


"Ini sangat memalukan saya, Sekarang isteri saya dan keluarganya kecewa dengan saya. Memang saya pernah berkelakuan buruk terhadap bekas teman wanita sebelum ini. Tetapi itu dulu dan saya sudah dewasa dan berubah.


"Tetapi disebabkan perbuatan mereka (bekas kekasih), isteri dan mertua tidak mahu bercakap dengan saya sehingga mereka mendapat penjelasan memuaskan dari saya," kata Chen. 


Chen mengaku ketika itu dia masih muda dan tidak matang, malah seringkali menyakiti ramai gadis yang dikenalinya semasa muda. Pengalaman itu membuatkan dia faham bahawa  lelaki perlu setia, hormat dan melayani pasangan dengan baik.

"Awak mesti setia dengan teman wanita awak, jangan curang di belakangnya. Kalau di masa hadapan dia merungut, habislah awak," kata Chen. 


Walaupun kesal dan malu dengan apa yang telah berlaku, netizen langsung tidak bersimpati dengannya dan merasakan Chen sepatutnya bertanggungjawab ke atas masalah yang timbul. Netizen juga menyarankan isterinya untuk meninggalkan Chen sebelum berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini dalam rumah tangganya. 


"Isteri dia patut berterima kasih kepada kumpulan bekas teman wanita suaminya. Kalau aku jadi dia, aku akan ceraikan dia serta-merta," kata netizen.



Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/r1MFT0d
via IFTTT