(Video) Motosikal jalan sendiri jadi bahan jenaka netizen, rupa-rupanya penunggangnya maut akibat dilanggar lari oleh lori
Tular satu rakaman litar tertutup insiden kemalangan yang berlaku berdekatan bangunan Giatmara, Titiwangsa, Kuala Lumpur. Berdasarkan rakaman tersebut, sebuah motorsikal meluncur laju tanpa penunggang sebelum merempuh beberapa buah motorsikal yang diparkir di tepi jalan.
Kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang itu turut mengundang persolan netizen di manakah penunggang motorsikal berkenaan. Tidak kurang juga ada yang menjadikan insiden tersebut sebagai satu bahan gelak ketawa.
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Ashari Abu Samah berkata, mangsa dalam perjalanan dari Jalan Genting Klang ke bulatan Pahang.
Siasatan awal mendapati pemandu lori yang bergerak di lorong tengah telah bertindak mengubah haluan ke lorong kanan. Pemandu lori dikatakan telah bergesel dengan penunggang motosikal dan menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan. Akibat kemalangan itu, mangsa telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.
Beberapa penunggang motosikal yang melihat kejadian dikatakan cuba mengejar pemandu lori tersebut.
Allahyarham akan dikebumikan di kampung isteri beliau di Kerling, Selangor.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Zoelfadli Shawal baru sahaja kehilangan bapanya kira-kira dua minggu yang lalu.
Sumber: TikTok Utusan TV, Facebook Zoefadli Shawal, Khaizam Boss
from The Reporter https://ift.tt/DRwuia7
via IFTTT