(Video) Pemandu Mercedes (Singapura) 'tapao' 2 botol besar petrol di JB cetus perdebatan netizen



Seorang pemandu Mercedes E250 yang didaftarkan di Singapura telah dirakam dalam video menunjukkan dirinya mengepam petrol dari sebuah stesen minyak di Johor Bahru, ke dalam bekas dan menyimpan bahan api itu di dalam but. Perbuatannya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial. 


Menurut sumber, video itu dirakam oleh pemandu kenderaan lain yang mengunjungi stesen berkenaan. Pemandu Mercedes itu dilihat sedang mengepam petrol ke dalam dua bekas plastik lutsinar.


Insiden itu dikatakan berlaku pada 16 Februari lalu di Stesen Petron di Taman Pelangi, kira-kira lima kilometer dari Tambak. 


Pemandu Mercedes itu dilihat memegang dua bekas petrol yang kemuidan dibungkus secara berasingan dan diletak ke dalam but. 



Menurut kapsyen pada video itu, pemandu Mercedes terbabit mengepam petrol jenis RON97, iaitu gred bahan api yang boleh dijual kepada bukan warganegara Malaysia kerana ia tidak disubsidi oleh Kerajaan Malaysia. 


Di media sosial, ada netizen mengesyaki pemandu Mercedes itu akan membawa bahan api yang dibelinya dengan harga murah kembali ke Singapura. Netizen menggesa pihak berkuasa Singapura di sempadan pintu masuk untuk membuat pemeriksaan terhadapnya. 


Namun ada juga netizen berpendapat, berkemungkinan pemandu Mercedes itu membeli bahan api tersebut untuk digunakan pada penjana elektrik untuk aktiviti di luar rumah seperti memancing atau merentas hutan. Tidak kurang juga netizen bersangka baik di mana lelaki itu berkemungkinan membeli petrol untuk membantu kenderaan lain yang kehabisan minyak atau untuk simpanannya sendiri bagi memastikan perjalanannya tidak kehabisan minyak.


Sementara itu, undang-undang di Singapura membenarkan pengangkutan bahan api kurang daripada 20 liter tanpa lesen di Singapura adalah dibenarkan. 


Sumber: Mothership.sg, SG Road Vigilante



from The Reporter https://ift.tt/fUKLvpT
via IFTTT