(Video) 'Siapa yang sound bini aku?! Sini aku nak jumpa!' - Pihak baju merah dedah cerita sebenar, dakwa isteri Rider Food Panda jadi punca pergaduhan



Susulan video seorang rider Food Panda dibelasah sekumpulan lelaki tular di media sosial, seorang wanita tampil mendedahkan cerita sebenarnya mengenai kejadian itu. 


Dalam klip audio yang dikongsikan oleh selebriti Caprice di Instagramnya, wanita berkenaan menjelaskan pada hari kejadian dia bersama keluarganya (geng baju merah) melakukan aktiviti kekeluargaan di Batu Pahat selama tiga hari. 


Baca: (Video) 'Jangan kurang ajar! Ajar bini kau!' - Sekumpulan lelaki belasah Rider Food Panda


"Second day itu kitorang ada buat sukaneka. My dad dah cakap dengan orang pengurusan itu, tempat itu telah dibooking kan. So orang luar tak boleh masuk. So dia kata, ye dah booking dan orang luar tak boleh masuk. 


"Macam biasalah sukaneka, bunyi muzik kuat. Kita nak buat sukaneka, of cause la muzik kuat. So kitorang pun have fun dan ada satu makcik ini datang dengan anak dia mandi kolam. Kitorang macam, 'Oh mandi kolam'. Kitorang dengan baik hatinya pun biarkan sajalah diorang mandi kolam. Kitorang tak kacau pun dan fikir kolam ini kan untuk orang awam. So sama-sama (guna) walaupun kitorang dah booking fool. 


"Tiba-tiba dia (makcik) itu datang pada pakcik kitorang dan dia cakap keadaan terlalu bising sangat sehingga mengganggu dia dan anak dia mandi kolam. 


"Kitorang cakaplah, kak tempat ini kitorang dah booking, so kitorang buat sukaneka, ikut suka kitoranglah nak bising ke tak sebab kitorang dah booking. So apa tujuan akak datang ke sini nak suruh kitorang slowkan muzik apalah semua? 


"Dia macam marah, dia masukkan barang anak dia dalam beg dengan hempas-hempas semua, lepas itu dia balik dan hempas lagi pagar-pagar tempat kitorang. Kitorang pun buat bodoh je sebab nak have fun. 


"So, selang 10 minit kemudian, datanglah seorang lelaki ni, rider Food Panda itulah. Dia datang, dia press motor kaw-kaw. Kitorang pun macam, kenapa dengan rider Food Panda ni? Kenapa sampai dia marah sangat ni? Ada orang order ke? 


"Lepas tu dia cakap, siapa yang sound bini aku ni? Siapa yang sound orang rumah aku ni? Sini aku nak jumpa. Dengan lagak gangster dia tu, dia kacau sukaneka kitorang. Kitorang pun berhenti dan tanya apa masalah. Dia kata, siapa yang marah orang rumah dia dan kata ini kawasan dia. 


"Kitorang pun peliklah dan tanya pengurusan kenal ke orang tu dan diorang kata tak kenal orang luar itu. Pengurusan pun tak tahu macam mana diorang boleh masuk ke dalam. Kitorang macam, Ya Allah, kenapalah sampai macam tu sekali. 


"So dia datang dengan laki dia Food Panda tu gangster-gangster marah sangat-sangat sampai dua orang lelaki dari group kitorang datang tanya kenapa dia datang sini dengan lagak gangster dan apa yang dia nak sebenarnya. 


"So, masa tengah berbual tu, dia ada pegang helmet dan macam nak hayun pada my dad. My dad pun pegang tangan dia supaya helmet itu tak kena dekat kepala. 


"So video tu macam dah pertengahan kejadian, diorang dah cut. Media-media sosial semua cut. Kitorang semua macam sedih sebab video (asal) panjang sangat. 


"Punca utama kejadian ialah, bini dia datang ke sini dan mengadu pada laki dia. Dia call laki dia yang tengah kerja Food Panda tu datang. Itulah puncanya my dad kata jaga bini kau tu, sebab dia mengadu. 


"Come on la, ini family day dan kitorang dah booking full (tempat ini). Andai kata dia tak suka kitorang buat family di situ, kitorang boleh ganti rugi balik kononnya tempat itu tempat dia. 


"So dekat situ kitorang rasa macam tak patutlah, netizen kena dengar penjelasan dari kedua-dua pihak," katanya. 


Sebelum ini, video pergaduhan di antara rider Food Panda dengan sekumpulan lelaki baju merah tular di media sosial yang mengundang banyak reaksi netizen. 


Netizen berpendapat hal itu sepatutnya diselesaikan dengan cara baik tanpa perlu melibatkan sebarang pergaduhan fizikal. 



Sumber: Instagram Caprice



from The Reporter https://ift.tt/lme2Aw3
via IFTTT