AJK masjid/surau akan dipecat serta-merta jika benarkan penceramah tak bertauliah beri ceramah agama - Sultan Johor
Semua Ahli Jawatan Kuasa (AJK) masjid dan surau berdepan dengan tindakan pemecatan sekiranya membenarkan penceramah tanpa tauliah memberi kuliah atau syarahan agama di Johor.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, mana-mana penceramah yang mahu menyampaikan ceramah agama di masjid atau surau Johor adalah diwajub mendapatkan kebenaran daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Dalam permohonan itu, individu berkenaan perlu menyatakan secara terperinci memgenai tajuk ceramah dan perkara-perkara yang mahu disampaikan dalam ceramah.
"Sekiranya ada mana-mana masjid atau surau yang gagal patuhi peraturan ini, maka semua AJK masjid dan surau itu akan diambil tindakan dan dipecat," titah baginda.
Jelas baginda, tindakan itu bukan bertujuan menghalang program penyebaran ilmu Islam tetapi lebih kepada mengawal penyebaran fahaman yang menyeleweng dan terpesong daripada hukum syarakat yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Selain itu, ia juga bertujuan mengawal golongan pelampau agama yang dibimbangkan boleh mencetuskan kekeliruan kepada umat Islam, terutamanya golongan anak muda yang kurang berilmu.
8 Mac lalu, baginda memperkenan langkah MAINJ untuk bertindak terhadap individu yang didapati mengajar agama tanpa tauliah.
Mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 dan Seksyen 11 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
Jika sabit kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama setahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/TMyXx19
via IFTTT