Bella Astillah nafi pendedahan suaminya 'disondol' Sophia Albarakbah hanya sekadar marketing



Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, sebelum ini pernah membuat pendedahan yang menggemparkan warga maya mengenai pelakon Sophia Albarakbah yang didakwa cuba menyondol suaminya, Alif Aziz.


Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, perkara itu berlaku ketika suaminya digandingkan dengan Sophia dalam sebuah drama, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, yang disiarkan di TV3.


Hal itu kemudian menjadi senyap seketika dan Bella tidak lagi membuat sebarang kenyataan susulan.



Dalam masa sama, ada netizen beranggapan pendedahan itu berkemungkinan besar hanya sekadar gimik murahan atau marketing bagi mempromosikan drama tersebut. 


Bagaimanapun, Bella tampil menafikan dan menegaskan bahawa perkara itu memang benar-benar berlaku. 


"Untuk yang cakap benda itu marketing, it's not marketing. Takkanlah Bella nak memperbesarkan hal itu semata-mata untuk promote (drama itu). Tak kot. 



"Ada ternampak juga pihak sebelah sana buat statement.. ramai orang tak tahu kisah sebenar dan sebagainya. Bella macam... Haa? Tak apalah, kita hentikan. Pada Bella, yang penting Allah SWT tahu. 


"Apa pun statement yang awak bagi pada wartawan, saya tengok senyum je sebab saya tahu, awak pun tahu apa yang terjadi. Tak apalah, yang penting Allah SWT tahu dan semoga tidak terjadi lagilah dekat rumah tangga orang lain. InshaAllah," katanya ketika ditemubual oleh mStar Online. 


Menggulas mengenai rumah tangganya yang sudah berusia tujuh tahun, Bella mengakui ianya bukan mudah seperti yang disangkakan. Tetapi apa yang penting adalah cara untuk menangani segala masalah yang timbul. 



Bagi Bella, dia lebih suka memaafkan kerana setiap manusia itu tidak sempurna dan dirinya juga ada kekurangan. Anak kepada dua cahaya mata itu akan terus bersabar dan berharap dijauhkan daripada perkara yang tidak baik. 


"Buat masa ini Bella menjalani alam rumah tangga seperti biasa dan Alhamdulillah Alif pun menjaga Bella dan anak-anak dengan baik. Bella hanya mampu mendoakan yang baik-baik sahaja untuk rumah tangga Bella. 


"Semoga hubungan ini kekal hingga ke jannah. InshaAllah. Bella kalau boleh nak kahwin sekali je," katanya. 


Sumber: mStar Online



from The Reporter https://ift.tt/uZfPBCz
via IFTTT