'Cuma nak ingatkan, mereka sedang disiasat atas kesalahan persetubuhan luar nikah' - Puteri Sarah tegaskan dia tidak gentar dengan tindakan Syamsul



Tindakan Syamsul Yusof memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya menimbulkan pelbagai tanda tanya pada Puteri Sarah. Apatah lagi, ia dilakukan selepas empat tahun rumah tangga mereka berantakan. 


Walau bagaimanapun, Puteri Sarah menegaskan dia tidak sama sekali gentar dengan permohonan tersebut kerana yakin dia berada di pihak yang benar. 


"Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz? Sedangkan masalah ini sudah berlaku empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi? Buatlah apa pun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar. 


"Cuma saya nak mengingatkan bahawa mereka sekarang sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah Seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah. 


"Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah," katanya memetik laporan dari Harian Metro, Selasa, 21 Mac 2023. 


Menurut ibu kepada dua anak itu berkata, istilah nusyuz itu sepatutnya diberikan kepada Syamsul yang telah mengabaikan tanggungjawabnya selama ini.


Semalam, Syamsul juga mendedahkan Puteri Sarah curang dengan bekas teman lelakinya di zaman kolej dan dia tidak dapat menerima perbuatan isterinya itu. 


Selain itu, Syamsul juga mendakwa dia telah difitnah memukul, tidak memberi nafkah kepada Puteri Sarah.


Dalam kenyataan kepada media, Syamsul berkata, "Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya saya menjadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata, kahwin ini pun salah satu jalan taubat juga". 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/gOzlE3L
via IFTTT