'Jam 9.30 pagi pejabat masih macam ni, nak ambil borang pun tak boleh' - Rakyat kecewa pejabat kebajikan terlalu 'sibuk', susah nak hulur borang



10 Mac lalu, seorang pengguna Facebook, Ly Jeff, meluahkan rasa kesalnya terhadap layanan yang diberikan oleh kakitangan pejabat kebajikan di Daerah Kota Belud, yang didakwa acuh tak acuh melayan rakyat yang datang untuk berurusan. 

Menurut Ly, kedatangannya ke pejabat itu adalah untuk meminta borang. Tetapi hasratnya itu tidak kesampaian kerana kakitangan yang bertugas memaklumkan, pengambilan borang hanya dibenarkan pada hari-hari tertentu sahaja. 


"Jam 9.30 pagi masih macam ni (shutter premis ditutup separuh). Sekali saya buka pintu, lampu tak dinyalakan dan mereka bekerja dalam keadaan gelap. Ada seorang kakitangan di kaunter dan orang awam sedang berususan. 


"Saya anggap sajalah mungkin bekalan elektrik terputus dan sebab itu mereka bekerja dalam keadaan gelap. Berbeza dengan pejabat lain yang sudah terang-benderang pada waktu ini. 




Ly: Memang buka macam ini ke pintu kalau hari Khamis dan Jumaat? Memang tidak mahu berurusan kalau tiada temujanji?


Kakitangan: Ya, memang macam tu. Kami hanya berurusan (dengan mereka) yang ada temujanji. 


Ly: Ambil borang pun tidak boleh?


Kakitangan: Tidak, sebab minta borang, sebab kan kena minta kad pengenalan. 


"Takkanlah ambil borang pun tidak boleh? Kesian orang yang datang jauh-jauh semata-mata nak pergi ke sini. Sekali diberi layanan yang tidak bertimbang rasa. Lainlah kalau memang sibuk sangat, berderet-deret orang datang mengikut temujanji. 


"Cubalah ubah masa kerja wahai pejabat kebajikan Daerah Kota Belud. Kalau tak reti nak mudahkan urusan orang, jangan susahkan orang. Kesian orang tua yang mahu berurusan," katanya. 



Bagi Ly, dia kecewa dengan tiadanya sikap timbang rasa pihak berkenaan. Bagaikan kerja seperti mengambil borang, meminta kad pengenalan dan menghulurkan borang itu satu pekerjaan yang susah. 


Ly berharap, pihak yang berkenaan mengambil maklum akan aduannya itu dan sekiranya tidak berkemampuan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan, beri peluang kepada anak muda yang lain untuk memikul tanggungjawab tersebut. 


"Sekadar bagi borang apalah yang menyulitkan. Orang kampung ini bukan datang ke sana untuk meminta sedekah. Kerja biarlah jujur dan jangan makan gaji buta," ujarnya. 


Sumber: Facebook Ly Jeff



from The Reporter https://ift.tt/Pn4b0Dd
via IFTTT