'Kalau kata saya curang, lepaskanlah saya' - Puteri Sarah desak Syamsul tunjukkan bukti dia curang dengan bekas teman lelaki

Sesi Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal, Puteri Sarah enggan berdamai


Pelakon Puteri Sarah menggesa suaminya, Syamsul Yusof, menunjukkan bukti jika benar dia berlaku curang dengan bekas teman lelaki (zaman kolej) yang kini berstatus suami orang.


Tegas Puteri Sarah, Syamsul perlu mengemukakan bukti da jika tidak, dia hanya sekadar bercakap kosong sahaja. 


"Bagi saya jika dia nak bercakap, kenalah sertakan bukti. Saya tak nak dia hanya bercakap kosong saja. Kita tengoklah apa dia boleh buat di mahkamah nanti," katanya. 


Dalam pada itu, Puteri Sarah menegaskan dia tidak gentar dengan dakwaan itu kerana yakin dia berada di pihak yang benar. Malah, ibu bapa mentuanya sendiri boleh menjadi saksi. 


"Kalau dia rasa ada bukti, bagilah. Sedangkan saya tinggal dengan ibu bapanya dan mereka nampak apa yang berlaku. 


"Selepas keluar dari rumah pada 2020, saya tidak tinggal bersendirian. Sebaliknya saya tinggal bersama dengan ibu bapanya. Disebabkan itu, ibu mentua saya sendiri sanggup menjadi saksi dan pencelah kes kami. 


"Saya sedikit pun tidak goyah dengan tuduhan nusyuz. Saya dalam fasa cakaplah apa nak cakap. Kalau kata saya curang, lepaskanlah saya," katanya.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/eIabxyA
via IFTTT