'Pengarah tak patut gredkan seseorang pelakon itu tua atau slow' - Edika Yusof tegur pengarah sensasi
Kemelut antara dua artis terkenal Syamsul Yusof dan Aaron Aziz masih belum selesai. Isu ini semakin hangat diperkatakan apatah lagi beberapa artis juga mula bersuara dengan isu ini. Ada yang menyokong pandangan Syamsul terhadap Aaron, malah ada juga yang berpandangan sebaliknya.
Pelakon Edika Yusof melalui hantaran di Instagram berpendapat pengarah atau media tidak perlu berpandangan negatif dan membuat tafsiran buruk kepada pelakon tua. Tidak merujuk kepada sesiapa dalam hantaran beliau, sebaliknya dia berkata penggiat seni di Malaysia ini sepatutnya bersikap professional.
“Dari pendapat saya, seorang pengarah atau mana-mana media tv tak sepatutnya gredkan seseorang pelakon itu tua atau slow dan tak layak memegang watak penting dalam sesuatu karya kerana peringkat umur mereka dah meningkat. Sebab kalau keadaan fizikal masih kuat dan boleh beraksi tiada sebab untuk dipinggirkan. Bakat kami disia-siakan, ada yang masih boleh beraksi seperti dulu.
“Untuk filem seperti di Bollywood atau di Hollywood stunt man atau stunt woman akan disediakan unit aksi lasak kerana takut pelakon tercedera akan mengganggu penggambaran. Di sini lagilah selalunya kalau pelakon buat adegan lasak nasib tak baik tercedera kita tanggungjawab sendiri, Kamikaze namanya. Yang pernah berlaku kepada diri saya sendiri. Insurans tak cover ya.
“Nama pun berlakon. Jadi aksi-aksi lasak haruslah dilakonkan agar nampak lasak, bukan buat real-real lasak. Kalau nak betul real, dua tumbukan padu di muka dan concussion pelakon tu. Koreografer aksi lasak itu sendiri kena bijak agar dapat merealisasikan kehendak karya itu,” katanya.
Dia juga kesal dengan situasi di Malaysia apabila artis yang mempunyai bakat dan pengalaman yang luas telah direndahkan bayaran.
“Kenapa di sini value artis yang meningkat usia di-downgrade-kan. Offer payment serendah-rendah yang mungkin kerana budget dah burst terpaksa bayar tinggi kepada leading yang muda-mudi.
“Normally bila sesuatu syarikat mencari pekerja, tawaran pekerjaan tu pentingkan pengalaman dan offer gaji itu bergantung pada berapa lama pengalaman seseorang itu. Lagi lama pengalaman, tinggi gajinya,” tulisnya.
Katanya lagi, untuk memajukan industri, pelakon lama dan muda perlu ada kerjasama yang erat.
“Jadi secara jujurnya, di Malaysia kita perlu tukar mindsets kita untuk memajukan lagi industri ini. Kena ada collaboration antara yang lama dengan yang baru berganding bersama. Setiap pelakon itu tak kira yang baru, atau lama ada peminat mereka sendiri.
“Industri perfileman kita ni kecil je. Jadi bersikap professional-lah sesama kita dalam industri. Bersemuka dan berbincanglah dengan baik. Be a gentleman/gentlewoman. Bila suka semuanya indah. Time tu yang busuk semuanya bau wangi. Boleh terima seadanya.
“Excited nak meminang, boleh bersemuka, kalau dah tak sudi pun always can slow talk nicely, berbincang cerita masalah. Cara penyelesaian cara baik, win win situation baru cool,” katanya.
Sumber: Edikayusofxxx
from The Reporter https://ift.tt/YyUPrqp
via IFTTT