Penjawat Awam didenda RM48,000 kerana merokok sebanyak 4,512 kali dalam tempoh 14 tahun perkhidmatan



Seorang penjawat awam Jepun di Osaka baru-baru ini terpaksa memulangkan semula 1.44 juta yen (RM48,000) daripada gajinya setelah didapati bersalah atas kesalahan merokok semasa waktu bekerja iaitu lebih dari 4,5000 kali dalam tempoh 14 tahun perkhidmatan. 


Di Osaka, perokok berisiko dipotong gaji sekiranya mereka didapati merokok semasa bekerja. 


Seorang penjawat awam yang memegang jawatan sebagai pengarah baru-baru ini dikenakan denda kira-kira RM48,000 bagi ribuan batang rokok yang telah dihisapnya ketika waktu bekerja bagi tempoh 14 tahun perkhidmatannya. 


Kakitangan awam berusia 61 tahun itu didapati merokok sebanyak 4,512 kali dalam tempoh tersebut, bersamaan dengan 355 jam 19 minit meninggalkan tugas yang diamanahkan kepadanya. 


Pengarah terbabit dan dua lagi rakannya yang bertugas di pejabat Kerajaan Wilayah Osaka pada asalnya disiasat kerana merokok di tempat kerja pada September 2022. Namun, selepas pihak Sumber Manusia menerima aduan tanpa nama mengenai tabiat merokok mereka. Bagiamanapun, mereka tidak mengendahkan amaran dari pegawai penyelia, malah berbohong kononnya tidak merokok semasa sesi temubual. 


Akhbar Mainicchi Shimbun melaporkan, penjawat awam terbabit didapati melanggar 'kewajipan berbakti' di bawah Akta Perkhidmatan Awam Tempatan dan terpaksa memulangkan RM48,000 daripada gajinya, sebagai tambahan kepada pengurangan gaji 10 peratus selama enam bulan penalti. 


Osaka mempunyai beberapa undang-undang merokok yang paling ketat di dunia. Larangan ke atas premis kerajaan seperti pejabat dan sekolah awam telah diperkenalkan dua dekad lalu dan kakitangan kerajaan adalah dilarang merokok semasa waktu kerja pada 2019. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/LVEkGpJ
via IFTTT