'Rupanya orang ini dah lama aim Kamal' - Uqasha Senrose dedah mesej suspek ugut bunuh suaminya



Kejadian yang menimpa pelakon Kamal Adli membuatkan isterinya, Uqasha Senrose trauma dan tidak berhenti menangis, apatah lagi apabila Kamal terpaksa ditidurkan bagi menjalani 'major operation' disebabkan luka parah di bahagian belakang kepalanya. 


Pasangan berkenaan sebelum itu dikatakan sedang melayani sesi beramah mesra dengan peminat di Singapura, didatangi oleh suspek yang tiba-tiba bertanya di mana keberadaan Kamal.




Kamal kemudian menegurnya lalu dipukul menggunakan cota beberapa kali di bahagian kepala menyebabkan pelakon itu cedera parah. Ketika ditahan, suspek mengakui dia mempunyai masalah peribadi dengan Kamal dan cemburu apabila melihat Uqasha berkahwin dengan pelakon itu. 


Uqasha melalui Instagramnya turut mendedahkan gambar tangkap layar dari aplikasi WhatsApp mesej yang dipercayai dihantar oleh suspek berbaur ugutan bunuh. 


"Hey, pesan sama Kamal Adli anjing tu, aku mesti bunuh dia. Aku mesti siksa dia habis-habisan k. Semua anjing keparat". 




Dalam pada itu juga, Uqasha bengang ada netizen yang melemparkan komen-komen yan tidak elok mengenai kejadian yang menimpa uaminya itu. 


"Salam, sorry kalau kali ini aku jadi mulut jahat atau puaka! Suami aku kena pukul dengan orang Singapore, memang warga Singapore. Aku sendiri tengok IC dia. Tapi aku tak cakap semua orang Singapore jahat or whatsoever!


"Lelaki yang libas suami aku pakai cota besi itu siuman normal! Kalau tak ada benda yang elok atau baik nak cakap, jangan cakap apa-apa! Suami aku berdarah depan mata aku, aku isteri dia, aku trauma, menggigil. Tolong jangan comment benda bodoh!" katanya. 




Kejadian yang menimpa Kamal mengundang pelbagai reaksi netizen dan rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen hantaran di Instagram Uqasha dengan kata-kata simpan dan tidak kurang juga mendoakan Kamal cepat sembuh. 


Sumber: Instagram Uqasha Senrose



from The Reporter https://ift.tt/9zXtPmi
via IFTTT