'Saya ada bukti gambar (pihak ketiga), tapi tak boleh tunjuk' - Farid Kamil enggan aibkan isteri & anak-anak



Kemelut rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle masih lagi hangat diperkatakan. Terkini, Farid mendakwa dia mempunyai bukti untuk menunjukkan kewujudan orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.


Semalam, Diana menafikan dakwaan itu dan menegaskan dia telah difitnah oleh Farid yang katanya hanya mahu menjaga air mukanya sendiri. Malah, tuntutan permohonan cerai yang dibuatnya itu adalah disebabkan 100 peratus kesalahan Farid. 


Farid bagaimanapun tidak dapat mendedahkan bukti itu kepada umum dan hanya akan didedahkan kepada pihak mahkamah, selain dia tidak mahu mengaibkan isterinya itu. 



"Untuk pengetahuan semua, saya ada bukti gambar. Saya tak boleh tunjuk sekarang. Saya kena tunjuk di mahkamah. 


"Hal peribadi saya, isteri dan anak-anak saya tidak mahu kongsi yang hanya akan menaikkan persepsi yang boleh mengaibkan mereka," katanya memetik laporan daripada mStar Online. 


Dalam pada itu, Farid turut mempersoalkan kenyataan Diana yang memaklumkan anak perempuan mereka, Aurora, trauma dengan apa yang berlaku. 


"Saya tidak tahu apa yang Aurora trauma kerana hubungan saya dengan anak-anak rapat sebagai ayah dan anak. 



"Saya tidak tahu kenapa saya dihalang daripada berjumpa dengan anak-anak sejak 23 hari lalu dan itu kena tanya Diana.


"Saya memang rindu pada anak-anak tetapi apa yang saya boleh buat? Hanya kepada Allah tempat saya mengadu," katanya.


Sumber: mStar Online, Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/8RYfVt6
via IFTTT