'Shu tak ada mengatakan dia berkahwin' - Nurul Shuhada nafi fitnah suaminya Hafidz Roshdi, berkahwin lagi



11 Mac lalu, Nurul Shuhada menerusi kenyataan di Instagramnya mendakwa suaminya, pelakon Hafidz Roshdi, berkahwin tanpa keizinannya dan perkara itu diketahui oleh keluarga Hafidz sendiri. 


"Saya terasa dikhianati, semuanya berlaku tanpa pengetahuan saya. Tetapi dengan pengetahuan keluarga Hafidz iaitu membenarkan Hafidz berkahwin tanpa izin saya," katanya. 


Baca: 'Saya terasa dikhianati, dia berkahwin tanpa izin saya' - Nurul Shuhada balas kenyataan bekas suami


Namun, bapa kepada Humairah dan Umar itu menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan kenyataan isterinya itu adalah fitnah. 


"Saya tidak berkahwin lagi. Dakwaan kahwin kali kedua tidak betul. Itu semua fitnah belaka," katanya memetik laporan daripada Kosmo! Online. 


Baca: 'Saya tidak berkahwin dua, itu fitnah belaka' - Hafidz Roshdi akui masih sayang & mahu berbaik dengan Nurul Shuhada


Dalam siaran Melodi TV3 hari ini, Shuhada menjelaskan dia tidak mengatakan suaminya berkahwin. Sebaliknya kata-kata itu hanyalah secara 'general' sahaja. 


"Daripada side Shu pula, Shu tak ada mengatakan yang dia berkahwin sebab Shu hanya general punya statement. Shu tak boleh komen (lanjut) sebab kes itu telah diserahkan kepada mahkamah," katanya. 


Dalam pada itu, Shuhada mengakui sambutan Ramadan tahun ini memang berbeza dan sebelum kemelut keluarganya berlaku, dia ada memberitahu Hafidz yang anak-anak mahu mengikutinya pergi terawih. Tetapi hasrat itu tidak kesampaian. 


"Sebenarnya sebelum Ramadan lagi, Shu dah cakap pada Hafidz yang anak-anak dah besar. Ingat nak bawa anak-anak pergi terawih bersama-sama tapi Allah dah takdirkan benda lain kan. 


"Jadi Shu rasa macam lagi seronok sebab kitorang memang dah cakap memang nak bawa diorang pergi terawih. Tak apalah, kita pergi dengan Tok Wan. Diorang seronok sangat sebab lagi ramai lagi best," katanya. 


Sumber: Melodi TV3



from The Reporter https://ift.tt/bp07ELM
via IFTTT