Suspek simpan puluhan bangkai kucing di kondo, ditahan polis untuk siasatan lanjut



Lelaki yang menyewa sebuah rumah kondominium yang penuh dengan puluhan bangkai kucing sehingga menimbulkan bau busuk, telah ditahan polis untuk membantu siasatan. 


Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.


Suspek akan direman sehingga Selasa depan dan polis kini sedang menjalankan siasatan. 


Terdahulu, media melaporkan pemilik rumah itu menemui bangkai haiwan dipercayai kucing, termasuk rangka, daging dikisar, organ dipotong ditemui dalam kediaman itu. 


Pemiliknya sebelum ini menerima aduan daripada penduduk sekitar mengenai bau busuk yang datang dari premis itu. Susulan penemuan mengejutkan itu, pemilik rumah telah membuat laporan polis. 


Sementara itu, jiran yang ditemubual wartawan mendedahkan, bilangan kucing terbiar di kawasan kondominium itu juga didapati berkurangan sejak kebelakangan ini. 


Mereka juga memaklumkan suspek adalah pencinta haiwan itu dan turut membela kucing, selain merupakan seorang pembersih dan pandai menjaga rumah. 


"Cuma dalam sebulan dua ini, saya nampak badan dia tiba-tiba susut dan sangat kurus, macam tidak terurus. Saya ada bertanya kepadanya kenapa nampak kurus. Dia kata dia sakit dan perlukan rawatan di hospital," katanya. 


Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online



from The Reporter https://ift.tt/JvsmKPN
via IFTTT