(Video) 'Allahuakbar! Tolong! Tolong kami!' - Tengah rancak berbual, Perodua Aruz dinaiki 5 sekeluarga dirempuh treler



Tular di media sosial semalam, video menunjukkan sebuah kereta Perodua Alza dirempuh treler menyebabkan kenderaan yang dinaiki lima sekeluarga itu mengalami kerosakan teruk dalam kejadian di Lebuhraya Plus berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Rawang, menghala ke utara.


Sebelum kejadian itu berlaku, penumpang dan pemandunya sedang berbual mengenai cara-cara pemanduan di lebuh raya bagi mengelakkan kemalangan. 


Belum sempat menghabiskan cerita, kedengaran bunyi brek kecemasan di belakang lalu merempuh kereta Aruz yang kemudian menghentam kenderaan di hadapannya. Impak dari pelanggaran itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk. 


@video5minit Aruz tersebut dinaiki tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak tiga dan lima tahun. Kesemuanya dikhabarkan selamat. Syukur. Punca treler belakang rempuh? Wallahualam. Footage kredit owner Perodua Aruz malang #lori #peroduaaruzadvance #plus #jpj #towing #insurans ♬ Laa_ilaaha_illallah - Zali


Menggulas lanjut mengenai kejadian itu di TikTok @qinsyiqin atau Syiqin berkata, mereka sekeluarga masih trauma dan bersyukur ada orang awam yang bertindak pantas membantu mereka. 


"Allah Maha Besar. Terima kasih ya Allah kerana masih beri kami berlima peluang bernafas, bertaubat serta beramal di muka bumi. 


"Terima kasih kepada semua yang membantu dan menyelamatkan kami berlima. Hanya Allah yang mampu balas jasa baik kalian.


"Perjalanan dari Melaka ke UPSI untuk menghantar adikanda kesayangan pulang ke uni. Kereta kami slow down di lorong kedua lebuh raya. Berhenti dalam 1-2 minit, bila kenderaan di depan mula bergerak, saya baru nak tekan pedal minyak dan ketika itu kami dilanggar treler (seperti ditunjukkan dalam video). 


"Driver treler hentam dan membelok, kereta kami berpusing dan terus terusan badan  treler menghentam penjuru-penjuru lain kereta kami. MashaAllah sangat tragis ya Allah.


"Tiada kecederaan parah. Kami dibawa ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mendapati mama ada satu tulang rusuk yang patah, saya ada itsu koyak di bahagian belakang pinggang, anak-anak luka di bahagian mata kiri, benjol di dahi, luka tepi mata kanan dan luka di bawah tapak kaki kanan. ," katanya.


Menurut Syiqin, kereta Perodua Aruz yang dibeli sejak empat tahun lalu yang digunakan untuk mencari rezeki, hancur teruk. Selain itu, telefon pintar yang baru diguna empat bulan lalu juga rosak. Namun Syiqin reda dengan kesemua itu kerana apa yang penting adalah nyawa dia dan keluarga selamat.


@qinsyiqin94 لاحول ولا قوة إلا بالله 🌸 Tiada daya dan kekuatan kami ya Allah, melainkan dari hanya pertolongan Mu semata mata. Bismillahirrahmanirrahim. 10.30 pagi : Bergerak dari Melaka, kami berlima. Mama, Pika, Malique, Malaiqa dan Qin dalam Perodua Aruz. Alhamdulillah kami sempat singgah di pusara ayahanda kesayangan. Malique request nak "jumpa" atuk sebelum memulakan perjalanan 2jam22minit menuju ke UPSI untuk menghantar adik bongsu pulang ke universiti. Pulang awal kerana adik ada join program luar anjuran uni. Perjalanan alhamdulillah berjalan lancar, traffic clear tak heavy. 12.15 - 12.30 tghari : Berhenti rehat sebentar di R&R. Pergi washroom. Beli minuman makanan untuk buat kudap2 sepanjang perjalanan. 12.30 tghari (anggaran) : Kami menyambung perjalanan yang kurang dari 1 jam untuk sampai ke rumah sewa Pika. Traffic masih okay sehingga di area R&R Rawang, di saat semua kereta start to slow move, kami juga memperlahankan kenderaan. 12.55 tghari : Kami berada di lorong tengah. Ketika semua kenderaan laij juga slow move, eventually kereta kami ketika itu statik sehinggalah 😭 Kami dilanggar dari belakang oleh treler. Hentaman yang pertama membuat kereta kami berpusing, seterusnya menerima hentaman seterusnya dari body treler tersebut mengenai keliling kereta, seperti resultnya anda boleh lihat kesan hentaman di video/gambar di atas. Sejurus selepas kami berhenti, kami dikerumuni oleh beberapa orang pemuda budiman yang bertindak pantas membantu mengeluarkan kami 5 beranak. Sangat laju pertolongan mereka. Kami terhutang budi dan nyawa. Hanya Allah yang mampu balas budi baik dan ihsan kalian 😭🙏 Tak lama selepas itu, pasukan bomba dan peg polis sampai. Dan kemudian ambulans dan para medik. Alhamdulillah kami berlima masih bernyawa dan keluar in one piece. Tiada kecederaan yang parah, syukur alhamdulillah. Kami dikejarkan di Hosp Sg Buloh. Hasil pemeriksaan mendapati, Mama ada 1 tulang rusuk yg patah Qin ada tisu koyak di bahagian belakang pinggang Pika luka di bahagian mata belah kiri Malique benjol di dahi & luka tepi mata kanan Malaiqa alhamdulillah, hanya luka bawah tapak kaki kanan. . MashaAllah ujian buat kami, tapi kami reda dengan ketentuanNya 😭🤲 #Aruz #fyp #foryoupage ♬ original sound - QinSyiqin94


Sumber: TikTok @qinsyiqin



from The Reporter https://ift.tt/ZaHf9ER
via IFTTT