'Alhamduliillah, suspek dah kena tangkap' - Humairah curi wang simpanan RM12,000 milik ibu saudaranya berjaya ditangkap



Selepas gambarnya ditularkan di media sosial, wanita yang didakwa mencuri wang simpanan pengadu telah pun berjaya ditahan polis, semalam. 


Perkara itu disahkan sendiri oleh mangsa, Farah Hanim menerusi hantaran di Facebooknya awal pagi Jumaat. 


Baca: 'Memang muka betina ni lah yang curi duit simpanan adik aku!' - Curi kad ATM member, RM12,000 lesap dikebas Humairah


"Alhamdulillah. Berkat doa semua orang, suspek dah kena tangkap. Terima kasih Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dang Wangi," katanya. 



Farah pada awalnya tidak mahu menularkan gambar anak saudara tirinya itu. Namun disebabkan tempoh masa 23 hari yang diberi untuk Humairah memulangkan kembali wang berjumlah kira-kira RM12,000 itu tidak menerima sebarang respon, dia terpaksa mengambil langkah drastik. 


"Saya tak nak viralkan muka dia sebab dah bagi muka dekat 23 hari untuk dia minta maaf dan bayar balik duit saya. Saya sampai menangis mental tengok baki akaun dalam bank hanya ada RM500 sahaja. 


"Sudahlah hari pertama puasa dan nak dekat hujung bulan. Bayangkanlah nak kena bayar komitmen, sewa rumah dan sebagainya. Lagi-lagi duduk pula di tengah Kuala Lumpur. 


"Dia pula dekat luar happy je siap beli iPhone 14 Pro Max dan barang-barang kemas dengan hasil mencuri duit saya. 


"Saya ni dah tolong dia. Tumpang rumah saya, bagi makan, tempat tinggal sebab kasihan dia tiada tempat nak dituju. Walaupun anak saudara tiri, saya layan dia macam anak saudara kandung. Tetapi ini yang dibalas pada saya," katanya.


Difahamkan, mangsa berjaya mengesan keberadaan suspek, Humairah, melalui kenalannya. Mereka kemudian menyamar menjadi penghantar barang. 


"Kami dapat contact kawan dia dan menyamar konon nak hantar barang Lalamove. 


"Terima kasih banyak-banyak kepada hamba Allah ini yang beri maklumat. Jasa beliau tak terbalas. Dan berjuta ucapan terima kasih kepada PDRM, Unit Jenayah Komersial Dang Wangi atas semua kerjasama dari awal sampai habis," kata abang mangsa, Abdul Halim. 



Tidak terkecuali, ucapan terima kasih itu juga ditujukan kepada netizen yang membantu dan mendoakan urusan mereka dipermudahkan. 


Sumber: Facebook Farah Hanim



from The Reporter https://ift.tt/ZEJsNrv
via IFTTT