Buruh mengaku rogol penjawat awam di kuarters kerajaan sebelum tertidur & ditahan polis



Seorang lelaki buruh binaan berusia 43 tahun di dakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini kerana menceroboh dan merogol seorang penjawat awam di kuarters kerajaan di Fair Park. 

Tertuduh, Hassan Ahmad, mengaku bersalah di atas dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad. 


Mengikut pertuduhan, Hassan didakwa merogol mangsa berusia 38 tahun dengan meletakkannya pada ketakutan kematian di sebuah rumah di tingkat dua di perumahan penjawat awam di Jalan Kamarudin Isa, Fair Park, Ipoh, antara jam 10 malam 17 April 2023 hingga jam 1.47 pagi 18 April 2023. 


Untuk kesalahan itu, Hassan didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 


Untuk pendakwaan kedua, Hassan dituduh merogol mangsa yang sama di lokasi sama antara jam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi pada 18 April 2023. Jika sabit kesalahan, Hassan boleh dipenjara sampai 20 tahun dan sebatan. 


Bagi kesalahan menceroboh, Hassan yang juga seorang duda memiliki seorang anak perempuan, didakwa menceroboh rumah mangsa dengan niat melakukan perbuatan menyalahi undang-undang di rumah mangsa pada jam 10 malam, 17 April 2023 hingga jam 8 pagi 18 April 2023. 


Hassan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,00 atau kedua-duanya sekali. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj, manakala tertuduh pula tidak diwakili oleh peguam. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 22 Mei depan sementara menunggu fakta kes .


Terdahulu, media melaporkan mangsa ditemui di tepi jalan dalam keadaan trauma dan menangis di tepi jalan pada jam 9.15 pagi.


Mangsa mendakwa dia telah dirogol oleh tertuduh dan berjaya melarikan diri, namun kakinya mengalami kecederaan semasa terjun dari tingkat dua kediamannya. 


Berdasarkan maklumat itu, polis terus bergegas ke lokasi dan berjaya menahan lelaki itu dan merampas beberapa senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing. 


Sumber: Utusan Malaysia



from The Reporter https://ift.tt/vgcCpJ3
via IFTTT