'Dia bawa laju, langgar kon & hampir langgar 3 kereta lain' - Penumpang ketakutan dibawa driver e-hailing yang dipercayai alami masalah kesihatan mental



Seram apabila membayangkan tentang pengalaman yang dilalui oleh individu ini terpaksa berdepan dengan pemandu e-hailing dipercayai mengalami masalah kesihatan mental. 


Segalanya bermula apabila pengadu menempah perkhidmatan e-hailing berkenaan yang kemudian diterima oleh pemandu Honda Civic bernama 'MA'. 


Di awal mereka berkomunikasi lagi, MA sudah menunjukkan kebiadabannya. Namun pengadu enggan mengambil pusing sehinggalah MA tiba-tiba meminta dia bertentang dan usah takut dengannya kerana dia adalah doktor. 





Dalam perjalanan ke destinasi, pengadu mendakwa lelaki itu memandu secara laju dan melulu serta hampir melanggar tiga kenderaan lain. Lebih pelik lagi, dia tiba-tiba bertanya kepada pengadu sama ada mempunyai lesen memandu atau tidak. 


"Pastu tiba-tiba dia menangis meraung dalam kereta while sebut 'mummy'. Out of sudden okay! I'm scared! 


"Pastu dia langgar tiga cone dekat lebuhraya Smart. Saya yang duduk di belakang dah menggigil teruk. Saya terus tanya sama ada dia nak saya memandu dan saya minta dia berhenti di tepi untuk membolehkan saya memandu keretanya. 


"Saya yang pandu kereta tu, bayangkanlah masa saya memandu itu saya terfikir yang saya akan dibunuh dan diapa-apakan. Saya memandu sambil menggigil dan berpeluh. Dia pula di tidur di belakang sebab dia kata dia mengantuk," katanya. 




Sampai di destinasi, pengadu terpaksa membayar RM35 melebihi tambah asal (RM20) kerana pemandu terbabit meminta wang lebihan daripadanya. 


Kesal dengan apa yang berlaku, pengadu telah membuat aduan kepada pihak e-hailing berkenaan untuk tindakan lanjut. Pengadu juga meluahkan rasa terkejut kerana pertama kali berdepan dengan kejadian seperti itu. 




Semakan pada Tweet pengadu mendapati, pihak e-hailing berkenaan telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan mohon maaf di atas apa yang telah berlaku dan memberi jaminan akan mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes tersebut. 


Sementara itu, netizen yang lain pula mempersoalkan mengapa e-hailing terbabit masih lagi beroperasi di negara ini. Sedangkan pihak Kementerian Pengangkutan Jalan pada tahun lalu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa perkhidmatan syarikat e-hailing tersebut beroperasi secara tidak sah dan lesen perniagaannya telah tamat tempoh. 





Netizen turut berkongsi senarai nama syarikat e-hailing yang telah diberi lesen, namun nama syarikat e-hailing yang terbabit dalam kes tular ini pula tiada dalam senarai diberikan lesen oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). 


Sumber: Twitter



from The Reporter https://ift.tt/VO127q4
via IFTTT