Seorang wanita yang sedang menjalani tempoh berpantang ditemui maut dengan kesan tusukan di bahagian leher.
Mangsa berusia 35 tahun itu ditemui berlumuran darah dalam bilik tidurnya pada jam enam petang dalam kejadian di Kampung Beris Panchor, Tawang, Bachok, Kelantan, semalam.
Menurut ibu mangsa, Zuraizah Mat, 58 berkata, anaknya ditemui di bawah katil dalam keadaan bahagian tengah lehernya ditusuk dengan sebilah pisau pemotong sayur.
Sebelum kejadian, mangsa dikatakan berada di ruang tamu dan menyerahkan anak lelakinya untuk bercakap di telefon dengan suaminya yang berada di Kedah.
"Anak pesan minta jaga bayinya. Kemudian dia masuk ke dalam bilik. Tetapi disebabkan dia berada lama dalam bilik, saya minta anak bongsu intai guna tangga sebab bimbang dengan keselamatannya.
"Kami cuba pecah pintu bilik beberapa kali dan sebaik pintu berjaya dibuka, kami terkejut apabila mendapati anak sudah terbaring berlumuran darah dengan pisau tertusuk di lehernya," katanya.
Mangsa yang ketika itu masih bernyawa segera dikejarkan ke klinik berhampiran dan pisau di lehernya turut dicabut.
Difahamkan, mangsa banyak mengadu skait di bahagian perut selepas melahirkan anak keempat. Pagi sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia dan doktor menasihatkan mangsa mengambil ubat. Sejak pulang dari hospital berkenaan, mangsa kelihatan tertekan.
Zuraizah percaya anaknya mengambil pisau di luar stor rumah sebelum mengunci dirinya di dalam bilik tidur.
Mangsa sebelum ini tinggal di Kedah bersama suami dan tiga anaknya. Namun selepas bersalin anak keempat, dia pulang ke kampung untuk menjalani tempoh berpantang.
Zuraizah berkata, menantutnya juga terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu kerana mereka baru sahaja bercakap di telefon.
"Saya terpaksa bagi menantu bercakan dengan doktor untuk sahkan anak saya sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/xGtIEke
via IFTTT