Anis Sofea, isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli semalam memuat naik gambar berhari raya dengan memakai selendang sehingga menampakkan bahagian rambut dan leher, mengundang pelbagai reaksi netizen. Sedangkan sebelum ini, umum mengetahui Anis berhijab sepenuhnya sebelum berkahwin dengan penyanyi berkenaan.
Selain penampilan 'baharunya' itu, turut menimbulkan persoalan ramai mengenai tindakannya memadamkan gambar-gambar dirinya bersama suami di akaun Instagram.
Sebaliknya, Anis berkongsi gambar berayanya bersama dengan ipar dan anak-anak saudaranya sahaja.
Sementara itu di Instagram Haqiem, penyanyi berkenaan hanya memuat naik gambar rayanya bersama ahli keluarga sahaja tanpa kelibat isterinya.
Ramai yang tertanya-tanya apakah pasangan berkenaan tidak lagi menyambut Aidilfitri bersama kerana masing-masing telah membawa haluan sendiri?
Di media sosial, netizen mendoakan hubungan pasangan ini berkekalan baik-baik sahaja dan dijauhkan dari perkara yang tidak diingini.
Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November 2021 dan sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber: Harian Metro, IG Haqiem Rusli, IG Anis Sofea
from The Reporter https://ift.tt/ojYHVat
via IFTTT