'It's not funny! Stop the Camera! No istighfar! Kau nak ganti ke?!' - Aliff Syukri mengamuk dalam video terbaru dikongsikan oleh Yana Samsudin



Pelakon Yana Samsudin menafikan dia memecahkan pasu antik berharga RM400,000 milik Datuk Aliff Syukri. Malah, Yana turut menyertakan video bukti daripada pihaknya dan sekali gus menafikan dakwaan kononnya dia terlibat dalam 'gimik atau marketing' murahan yang ahli perniagaan sensasi itu. 


"Inilah kejadian sebenar, tiba-tiba pasu yang didakwa bernilai RM400,000 yang saya pecahkan di rumah Datuk Alif Syukri. 


"Saya menghormati pelawaan pihak Astro untuk program raya, menjadi pengacara selebriti beraya di rumah selebriti. 


"Nasib baik saya simpan video ini. SAya bukan berlakon dan tangan saya terluka serta berdarah. Tangan saya betul-betul berdarah dan saya sendiri tidak pasti bagaimana ia boleh berlaku. Sebab saya pasti saya tak pegang pasu itu. 


"Korang boleh nilai sendiri, dalam video ini. Bukan saya yang jatuhkan pasu itu. Seandainya dakwaan (mengatakan) saya terlibat dalam konten atau nak kenakan saya untuk konten semata-mata. Perkara ini adalah di luar pengetahuan atau tanggungjawab saya. 


"Dari sudut mana saya pecahkan pasu itu, korang boleh nilaikan. Pasu itu bukan di tangan saya, tiba-tiba terhempas dan jatuh pecah. Nilailah sendiri, dakwaan yang dilemparkan kepada saya," katanya. 



Berdasarkan video yang dikongsikan, video terus dimulai dengan Yana kelihatan panik dan pasu yang diperkatakan itu telahpun pecah. 


Sementara itu Aliff pula kelihatan kecewa dan bengang sebelum meminta jurukamera menghentikan rakaman video. Keadaan bertambah keruh apabila salah seorang wanita terpijak serpihan kaca yang menyebabkan kakinya luka berdarah. 


"It's not funny! Stop the camera! No istigfhar! Kau nak ganti ke?! Kau bayar aku berapa?!" kata Aliff dalam video tersebut. 


Berkata kepada Berita Harian, Yana mengakui di tidak menyangka video kejadian itu akan dimuat naik dan tular di media sosial. Sedangkan dia dan suaminya, Fadzil Zahari percaya produser, Alif Farhan telah menyelesaikan isu tersebut dengan Aliff Syukri. 


"Produser beritahu akan bertanggungjawab dan menyelesaikannya. Namun, sebaliknya video pergaduhan tular dan Aliff menuntut saya membayar ganti rugi bernilai RM400,000, jika tidak berdepan tindakan saman.


"Jujurnya, saya tidak gentar dengan gertakan Aliff. Kerana prinsip saya, berani kerana benar," tegas Yana. 


Menceritakan semula kejadian itu, Yana memaklumkan Aliff sebelum itu menunjukkan barangan rumahnya termasuk set pinggang mangkuk berjenama dan pasu antik berharga ratusan ribu miliknya itu. 


"Pasu terletak dalam almari dan memiliki sijil, jadi saya memang tahu pasu ini barangan berharga dan takkan berani menyentuhnya. 


"Aliff memegang pasu dan tunjuk kepada saya. Dia suruh saya pegang pasu tetapi saya tak nak sentuh. Masa dia nak berikan pasu, saya tak sambut. Ketika itulah pasu terlepas daripada genggamannya dan terjatuh. 


"Saya pelik kenapa barangan berharga nak suruh saya sentuh. Saya takut. Jadi, tuduhan saya pecahkan pasu seperti tidak masuk akal, sedangkan saya tak sentuh pun. 


"Aliff marah sebab saya tak sambut pasu. Dia yang hempas pasu, saya pula dipersalahkan. Dia mula membebel dan mengeluarkan perkataan menghina. Itu yang membuatkan Fadzil hilang sabar dan mula bergaduh dengannya. Memang kejadian Fadzil bergaduh dengannya benar-benar berlaku, bukan lakonan," katanya. 


Yana juga menafikan dakwaan ramai kononnya dia tidak kelihatan takut. Ini kerana dia tidak memecahkan pasu tersebut. 


"Jika Aliff nak saman, saya tak kisah. Saya takkan bayar ganti rugi RM400,000 sebab terang-terangan bukan saya yang menghempaskan pasu. Dalam rakaman kita boleh nampak Aliff seperti sengaja melepaskan pasu, jadi kenapa saya harus dipersalahkan?


"Sepatutnya saya yang marah dan tidak berpuas hati. Saya menjayakan rakaman tetapi saya pula tercedera. Jari manis terluka dan percikan darah terkena pada baju Aliff. Hampir dua minggu saya terseksa sebab tak boleh memasak. 


"Ramai tuduh kami berpakat dengan Aliff melakukan gimik murahan. Adakah sebelum ini saya pernah terjebak dengan gimik seperti ini? Saya dan suami takkan buat gimik hanya semata-mata mahukan program raya bersama Aliff ini tular. 


"Jika mahukan program ini tular, saya terlebih dahulu akan muat naik insiden ini di media sosial tetapi saya tak buat. Saya tak sangka Aliff memuat naik video itu dan menuntut ganti rugi dalam tempoh 48 jam," katanya.


Sumber: Facebook Yana Samsudin, Berita Harian



from The Reporter https://ift.tt/ncAq4yI
via IFTTT