'Mira tak nak pulang beraya kerana trauma dikecam teruk oleh netizen' - Jurucakap Mira, View Chin



Ekoran terpalit dengan dakwaan menyondol rumah tangga orang, Influencer View Media, Mira atau nama sebenar Amirah Aqilah, terpaksa menyembunyikan dirinya buat sementara waktu. 

Kosmo! Online melaporkan, Mira dan keluarganya terkesan dengan pendedahan Shermine yang mendakwa Mira menjalinkan hubungan dengan suaminya, View Chin. 


Dan sudah tentu perkara memalukan itu bukan sahaja menjejaskan imejnya sendiri, malah keluarganya juga tidak terkecuali. Ada beberapa ahli keluarganya juga dilaporkan jatuh sakit. 


Menurut 'jurucakap' Mira, View Chin berkata, disebabkan hal itu, Mira dan keluarganya tidak mahu pulang beraya di kampung, sekali gus memusnahkan harapan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini bersama kenalan di kampung terpaksa dilupakan. 




"Jadi buat masa ini, Mira terpaksa bersembunyi kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku, termasuk keluarganya yang turut terpalit. 


"Ada ahli keluarga Mira yang jatuh sakit disebabkan kontroversi tersebut dan ada yang tidak mahu pulang beraya termasuk Mira sendiri. 


"Mira dan juga ahli keluarga terdekat menerima kecaman yang teruk daripada orang ramai, menyebabkan dia memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/TEmPHxA
via IFTTT