'Mohd Syamsul awak menang, saya dah penat & tolong ceraikan saya' - Puteri Sarah menyesal berkahwin dengan lelaki narcisist seperti Syamsul



Penjelasan panjang lebar yang dibuat oleh pengarah Syamsul Yusof mengenai isteri pertamanya, Puteri Sarah, yang didakwa sengaja mengheret hal itu ke media sosial bagi meraih simpati masyarakat, membuatkan Puteri Sarah tertekan. 


Meskipun pada awalnya Puteri Sarah memilih untuk menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Syamsul, tetapi nadanya berubah tidak beberapa lama selepas itu dan memilih untuk mengalah dengan tidak lagi menuntut apa-apa dari suaminya itu. 


"Saya padamkan semua post bukan bermaksud saya takut tetapi saya betul-betul penat. Serius saya penat dengan drama semua ini. 


"Kepada Mohd Syamsul, awak tak nak bagi nafkah saya? Suka hati awak. Awak nak menang? Awak menanglah, saya kalah. Awak jawablah kat akhirat nanti. Saya cuma nak keluar dari perkahwinan toksik ini. Saya cuma nak teruskan hidup dan bahagia bersama kehidupan dan anak-anak. 


"Satu perkara yang pasti ialah saya paling menyesal berkahwin dengan awak. Tetapi saya bersyukur dapat ibu bapa mertua yang paling terbaik dalam hidup saya. Mereka akan sentiasa menjadi mama dan papa saya sehingga ke syurga. 


"Awak nak menang? Awak ambillah semua harta-harta awak. Saya tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawablah. Lepaskan saya, ceraikan saya," katanya 


'SAYA DAH PENAT, LEPASKANLAH SAYA'


Dalam video yang dimuat naiknya di Instagram hari ini, Sarah memaklumkan dia sudah penat bergaduh dan berlawan dengan lelaki narcisist seperti Syamsul dan meminta orang ramai mendoakan agar lelaki itu melepaskannya secara baik. 



"Kepada Mohd Syamsul, kalau you nak ambil harta-harta itu semua, you ambil. Saya tak nak, saya ada kaki dan tangan saya sendiri untuk bekerja. Tetapi hak anak-anak janganlah diabaikan. 


"Saya dah cukup penat, bertahun-tahun tidak dilayan sebagai isteri, tak mendapat kasih sayang, saya juga mempunyai keinginan untuk bahagia. Saya juga mempunyai keinginan untuk merasa kasih sayang. Jadi tolong lepaskanlah saya dan biarkan saya teruskan kehidupan yang selama ini you kata saya berhak mencari kebahagiaan sendiri. Tolong lepaskanlah saya. 


"Saya dah penat, penat bergaduh dengan awak. Awak nak menang, awak menanglah Mohd Syamsul. Awak menanglah. Nanti jawablah di akhirat," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/PLzKCQ2
via IFTTT