Pelajar bakar diri di stesen minyak kerana gagal dalam ujian perundangan buat kali ketiga



Seorang pelajar lelaki berusia 24 tahun di Segamat, Johor dilaporkan cuba membunuh diri pada 17 April lalu dengan membakar dirinya di sebuah stesen minyak. 


Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu yang berlaku kira-kira jam 8 malam di Stesen Petron, Jalan Ibrahim. 


"Seorang lelaki telah menyiram minyak petrol pada tubuhnya serta membakar diri mengggunakan pemetik api.


"Pemilik stesen minyak telah berjaya memadamkan api dan menyelamatkan mangsa dengan menggunakan alat pemadam api. Namun, mangsa kemudian berlari ke arah jalan dan cuba membunuh diri sekali lagi dengan cara duduk di tengah jalan. 


"Pemandu lori yang melalui jalan tersebut berjaya memberhentikan kenderaannya apabila ternampak mangsa yang berada di tengah jalan," katanya. 


Malangnya, perbuatan mangsa itu telah menyebabkan lori tersebut dilanggar sebuah kereta dari arah belakang yang tidak sempat memberhentikan kenderaan. 


Mangsa yang mengalami luka melecur hampir seluruh badan dihantar ke Hospital Segamat untuk mendapatkan rawatan. Pihak hospital mengesahkan 70 peratus tubuh badan mangsa melecur akibat terbakar. 


Siasatan mendapati, mangsa cuba membunuh diri kerana kecewa dengan kegagalannya melepasi ujian perundangan buat kali ketiga. 


"Mangsa malu di kalangan ahli keluarganya lalu mengambil keputuasn untuk bunuh diri. 


"Polis masih meneruskan siasatan lanjut untuk mengenal pasti kesahihan maklumat tersebut. Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/VhST8dZ
via IFTTT