'Peniaga lemang ini kurang ajar!' - Anak tampil pertahankan bapanya yang diserang peniaga lemang



Susulan tular video peniaga bertengkar dengan pelanggannya semalam, anak kepada pelanggan terbabit tampil memepertahankan bapanya dan menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku. 


Menurut Sharina Shamuddin, kejadian itu berlaku pada jam 8 malam kelmarin ketika bapanya membeli lemang di gerai tersebut yang terletak di Bukit Beruang. 


"Pagi tadi abah saya pergi beli lemang dekat gerai ni di Bukit Beruang. Lepas tu abah saya cakap, tahun lepas beli lemang banyak yang tak masak. 


"Peniaga ini kata, "Saya dah lama meniaga kat sini, mana ada lemang tak masak". Dia macam nak marah-marah. Abah saya pun beli tiga batang lemang dan balik rumah. 


"Masa nak berbuka tadi, buka la sebatang lemang dan potong kecil-kecil. Hampir semua mentah tak masak. Selepas solat, abah saya kembali semula ke gerai tersebut cakap, lemang mentah. 


"Dia (peniaga) tak boleh terima dan pukul abah saya dengan buluh lemang. Dalam video itu, abah saya lempar (potongan lemang) sebab dah geram. Abah suruh dia tengok yang dalam mangkuk, bukti lemang tak masak. 


"Tetapi dia tetap menafikan. Dia buka lemang yang baru. Sesiapa yang kena boleh naik angin la, bayar guna duit," katanya. 




Perbuatan peniaga itu juga katanya telah menyebabkan bapanya mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan telinga kiri. Laporan polis juga telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah. 


"Laporan polis dah dibuat, biar polis yang uruskan. Sesiapa yang nak membeli lemang di kawasan Bukit Beruang sebelum persimpangan lampu isyarat, sila berhati-hati. 


"Peniaga itu pun dah selamat berada di lokap. Lain kali pelanggan bawa bukti, kau tengoklah. Bukan buka lemang yang baru," katanya. 



from The Reporter https://ift.tt/P9T12cV
via IFTTT