Puteri Sarah kata menyesal kahwin dengan lelaki narcissist, Syamsul Yusof upload video ceramah ustazah terkenal



Lapan jam yang lalu pelakon Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyesal berkahwin dengan lelaki narcisist seperti Syamsul Yusof. 


"One thing for sure, paling aku menyesal dalam hidup is berkahwin dengan kau," katanya. 


Dalam masa yang sama, Syamsul turut memuat naik perkongsian ilmu agama daripada Ustazah Asma' Harun yang mengatakan: 


"...hadis ini memberi peringatan kepada kita. Nabi bersabda, sesungguhnya Allah enggan memalingkan wajah atau enggan memandang seorang isteri yang tidak berterima kasih kepada suami dan dia tidak memerlukan suaminya. Allahuakbar.


"Ini ujian kepada wanita hari ini yang bekerjaya contohnya. Wanita yang berdikari contohnya, sampai peringkat dia kata, terkeluar daripada mulut dia "Saya ni suami ada atau tiada, sama je ustazah. Sebab semua saya tanggung, saya tak perlu pun ada suami. Suami saya macam tak berfungsi pun ustazah?". 


"Allahuakbar.. sebab apa inilah ujian bagi wanita. Itu bagi yang ada suami. Dalam keadaan tersebut, wanita terlalu mudah terleka dan boleh rasa sombong dengan kelebihan yang Allah berikan. Sebab dia rasa bangga dengan apa yang dia ada, dia rasa lebih hebat dan sebagainya. Nauzubillahminzalik. 


"Di padang mahsyar kelak, Allah memalingkan wajah, Allah benci kepada wanita yang tidak berterima kasih kepada suaminya dan juga tidak merasakan keperluan kepada suaminya. Sampai dia buat tak endah dan sebagainya, atau terkeluar kata-kata seumpama tadi.



"Allah menjadikan suami itu sebagai laluan kita (isteri) ke syurga. Iaitu antaranya mendapat redha suami, pahala bersabar dengan suami, pahala mendoakan suami. 


"(Soalan) Ustazah, sudah 30 tahun saya berdoa agar suami berubah'. Alhamdulillah 30 tahun pahala puan dapat," katanya. 


Sumber: Instagram Syamsul Yusof, Ustazah Asma' Harun



from The Reporter https://ift.tt/WL8oBkE
via IFTTT